Powered by Blogger.
RSS

Monolog : Aku Ini Manusia.................

       Kebelakangan ni ada sedikit rasa terkilan di tempat kerja... Bukan sebab kerja yang banyak atau bertimbun... Tapi sebab perangai manusia..........Rasanya bukan sedikit terkilan, banyak... Cuba untuk mengelakkan hati dari terus berburuk sangka, tapi kawan ini manusia...

Aku ini binatang jalang,
Dari kumpulannya terbuang,
Biar peluru menembus kulitku,
Aku tetap meradang menerjang,
Luka dan bisa kubawa berlari,
Berlari
Hingga hilang pedih peri.........
(Aku - Chairil Anwar)

Never opened myself this way,
Life is ours, we live it our way,
All these words i don't just say,
And nothing else matters....
(Metallica - Nothing Else Matters)

Who knows what Im feelin inside of me!
And who knows if Im feelin all right!
Who knows what Im feelin inside of me
Who knows what is runnin around in my brain

(Ugly Kid Joe - So Damn Cool)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monolog : Mari Mengaji II

      Alhamdulillah, hari makin hari semakin ramai yang nak belajar mengaji di surau.. Entri sebelum ni ada kawan kabo pasal kelas iqra' dewasa... Murid-murid kawan yang menghilang pun dah start mengaji dan ada murid baru... eheh...

      Masalahnya, murid-murid kawan dah makin handal membaca.. Dulu masa baca iqra' 1-3 bolehlah 3-5 orang baca sekaligus dan kawan boleh memperbetulkan bacaan diorang serentak sebab diorang lambat lagi membaca... Sekarang, semua dah start membaca al-Quran dan iqra' 6 serentak... Jenuh wei.. nak perati sesorang...

      Syukurlah, diorang ada kemahuan untuk belajar mengaji dan nak mengaji dengan kawan... Kawan memang tak paksa dan tak kenakan bayaran sebab arwah ayah kawan pun dulu mengajo ngaji ni percuma je kat rumah... Kawan suka bila ramai boleh membaca al-Quran.

      Sebabnya, kalo tensen ngajo bebudak kat sekolah sebab diorang lambat membaca, kawan gembira bila kelas iqra' malam ni memasing lancar membaca. Adalah sorang dua yang agak lambat... adatla te...Kira kekecewaan kawan masa siang te terubatlah sket pada waktu malam...

      Harap-harapnya keadaan ni berkekalan la.. Mana-mana murid kawan yang dah lancar membaca te, kebiasaannya kawan suruh hafal surah lazim.. Dan kawan kabo, nanti bulan pose bolehlah bertadarus sesama.. Ni tak, kalo taim tadarus, balik-balik muka te la.. ahahaha... biasala...

"Orang-orang yang telah kami berikan al Kitab kepadanya, mereka membacanya dengan bacaan yang sebenarnya, mereka itu beriman kepadanya. Dan barang siapa yang ingkar kepadanya, maka mereka itulah orang-orang yang rugi". (al-Baqarah : 2 ; 121)

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monolog : Internet oh Internet...

      Sejak 2-3 menjak ni, mula terasa kebosanan dengan internet.... Mula merasa tiada arah tujuan dengan internet.. kebosanan melanda... Lebih-lebih lagi dengan beberapa blog yang kawan suka lawati tidak diupdate contohnya seperti Aidid Muaddib, blog anti mlm...Sebenarnya blog aidid dah bertahun tak diupdate...

      Sebab te, walaupun internet di rumah kawan baru-baru ni ada masalah sehingga 4 hari.. kawan tak berapa kisah... Sebab bagi kawan sekarang, life is not about internet only, there's more than that... Kalo dulu, rasa macam kucing hilang anak, gelisah manjang kalo tak berinternet..

      Masa lagho dengan dunia sosial online, memang le cenggitu.. Tapi sekarang rasa hidup lebih bermakna bila kawan tutup seme akaun facebook dan laman sosial lain... Biarlah orang lain nak berkongsi dengan ghodong-ghodong tentang seme mende di facebook, kawan still kawan...

      Rasa nak menyelam kat deep web sebab macam bosan dengan surface web ni... tapi sebab baru-baru ni banyak laman deep web yang diblock FBI dan CIA, rasa agak takut sket nak menyelam... Lagipun lepas kawan update pc kawan, kawan tak install linux dekat pc ni... hard disk yang ada linux te, kawan guna untuk bina sebiji lagik pc... Dan masalahnya kat pc te pun kawan install windows bukan linux... Nak buat dualboot pun maleh kalo pakai 1 hard disk..

      Dan kalo ke deep web pun, kawan banyak gi tempat tak berpekdah... bukan nak mendapatkan maklumat walaupun info dekat sana berkali-kali ganda dari surface web...

      Apa-apa pun, meh layan Green Day..


I walk a lonely road
The only one that I have ever known
Don't know where it goes
But it's home to me and I walk alone

Terasa macam dalam lagu ni sekarang... hahaha....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monolog : Telapak Besi....

      Baru-baru ni, kawan belajo dari seorang kawan tentang satu ayat untuk orang lelaki... hehe... Dah dikabo ke kawan, jangan baca ke tempat lain... Oleh kerana kawan ni agak nakal dan selalu melawan tok guru, kawan baca ke tangan... Hah... boleh pekdah...

      Kawan sebenonya tidak ler percaya sangat ke ayat te.. sebab ingat pesan sorang guru kawan, 'ayat tidak membawa bekas'. Tapi bebaru ni, ada la sorang mintak ayat te ngan kawan. Kawan dengan lurusnya, teruslah tulis ayat te dan beri kepadanya... Dan akibatnya? Tangan kawan panas start dari kawan bagi ayat te sampai la sekarang...

      Tengah hari tadi, oleh kerana tak tahan sangat panas... Kawan tanya la pada seorang yang kawan tahu 'berisi' dan memiliki satu ilmu lama yang hanya dimiliki olehnya seorang di Pahang ni satu-satunya. Dia pun kabo ke kawan, ayat kalo diberi.. amalkan pada waktu terdesak sahaja, jangan sepanjang masa.

      Dah.. masa kawan terima ayat te.. dikabo oleh pemberi te, ayat ni mestilah diamal sehingga jadi darah daging, maksudnya sampai lidah dan hati kita sentiasa tergerak menyebut ayat te, barulah menjadi... Kawan jenis lurus campur nakal, memang dah terbiasa menyebut ayat te...

      Dikabo la oleh orang yang kawan bertanya te, dia kabo memang betul.. ayat yang kawan amal te dah jadi darah daging... dah masuk isim... dan gerak nafas kawan pun dah lain... Jadi, kawan tanya la.. dah gone gaya tangan kawan yang panas ni nak hilangkannya... Dia kabo, kalo boleh jangan guna tangan yang panas te... Kalo tak tahan, lepaskan kat pokok atau benda hidup lain.. Jangan lepas ke orang sebab masa kawan amik ayat te, kawan tak amik penawarnya... hahaha.. kan dah boleh pekdah...

      Sebelum jemahat tadi, tak tahan sangat... kawan pun tampor la pokok pinang depan bilik kawan kat sekolah te... Dua-dua pulak te..Kawan nak nengok Isnin ni.. idup lagi ke tidak pokok pinang te...  Lepas tampor te, ada la rasa lega sket... Masalahnya, dekat Isya' tadi.. tangan kawan start panas balik... Mintak ngan ghodong-ghodong, boleh ke tak kawan nampor sket...Mampus la ghodong nak bagi....

      Sebab te pesan orang..... ikut pesan guru, jangan memandai-mandai... kan dah boleh pekdah? Hahaha.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Info : HTML

      Post untuk mengingatkan diri kawan sendiri tentang bahasa html (hypertext markup language). Mula belajar pada tahun 1997. Bahasa asas pengaturcaraan laman web.

Basic coding :
<html> buka
</html> tutup

Beginner coding :
<html> buka</html>
<head> tempat rujukan javascript, css etc...
<title> tajuk website di menubar</p>
</title> tutup title
</head> tutup head
<body> apa yang hendak dipaparkan</body>
</html> tutup

<h1> heading </h1>
#ffffff kaler putih
#000000 kaler hitam

<center> tengah </center>

<font type=""> jenis font</font>
<font size-=""> saiz font</font>

<b> bold </b>
<i> italic </i>
<u> underline </u>

&nbsp; space
<br> line break
<p> perenggan
<hr> horizontal line

<table> kotak/table
<tr> table row
<td> tulis di sini...
</td>
</tr>tutup table row
</table>tutup table...

list...
<ul> mula
<li> tulis di sini</li>
</ul> tutup list (kalo nombor, tukarkan ul kepada ol)

link
<a href="*.html"> tulis di sini </a>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Info : Keris Luk Tujuh Belas

      Dah lama kawan cuba mencari maklumat berkenaan keris Pahang ni.. Kawan cuma tahu dari lagu rakyat negeri Pahang, indung-indung.. Meh kita layan kejap...

sumber video : http://www.youtube.com/watch?v=DSqF9U3K9mU

Indung indung lagu indung
Indung indung

Anak dagang pergilah merantau
Membawa keris luk tujuh belas
Hai besilah dititik besilah dititik
Diasaplah kemenyan tunggal (tinggal)
Dibasuh air belimbing buluh

Indung indung lagu indung
Indung indung

Bisanya keris tidak terkira
Sebulan
Sebulan dagang mengalas lalu
Jejak ditikam mati juga

Setitik
Setitik darah jatuhlah ke laut
Setahun ikan tidak bermain

Indung indung lagu indung
Indung indung

Indung indung lagu indung
Indung indung 

Setitik
Setitik darah jatuhlah ke darat
Semusim padi tidak menjadi

Indung indung lagu indung
Indung indung

      Lagu ini diperkenalkan oleh Datuk Aripin Said, pakar sejarah Negeri Pahang. Adakah keris yang dimaksudkan itu simbolik ataupun keris tersebut memang wujud? Masih menjadi tanda tanya pada kawan. Pernah bertanya kepada orang-orang lama, katanya keris ini kepunyaan Maharaja Perba Jelai dan mungkin dalam pemilikan waris yang sah di Kuala Lipis.... 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Info : Raga Sukma / Astral Projection

      Satu ilmu Melayu yang kawan hanya tahu asasnya sahaja tapi tidak pernah mengamalkannya. Raga sukma atau juga dikenali astral projection merupakan satu cara membenarkan roh keluar dari jasad dalam keadaan kita sedar, bukan seperti tidur di mana kita tidak dapat mengawal perjalanan roh kita.

      Mengikut cerita, ilmu ini diamalkan oleh orang dulu-dulu yang bermusafir dan ingin melihat keadaan ahli keluarganya di rumah. Jadi, mereka mengamalkan raga sukma. Juga digunakan oleh ahli-ahli spritual untuk mengetahui sejarah mengenai sesuatu kerana dengan raga sukma, boleh kembali ke masa lampau.

      Apa yang kawan tahu, seseorang yang ingin mengamalkan raga sukma mestilah mempunyai pendinding diri yang kukuh dan mestilah dilakukan bersama rakan. Sebabnya? Ketika roh keluar dari badan, dikhuatiri ada unsur lain yang masuk ke dalam jasad ataupun roh yang keluar diculik oleh pihak-pihak tertentu yang tidak wujud di mata kasar.

      Tetapi, ada juga pihak yang mengatakan raga sukma ini bukan melepaskan roh. Ianya hanya melepaskan tenaga dalam bentuk diri kita sendiri dan membenarkannya mengembara ke mana sahaja yang dikehendaki.

      Ada banyak cara didedahkan di dalam internet, cuma search sahaja dan akan jumpa berbagai-bagai cara. Tapi, terus-terang kawan sendiri tidak berani mengamalkannya kerana khuatir atas sebab-sebab yang disebutkan di atas.

Bagaimana dengan anda? berminat? .... carilah guru yang sesuai.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Zikir Harian

      Post sebagai peringatan kepada kawan sendiri sebab selalu terlupa.Walaupun dah lepas barrier 1000x sehari sekarang ni, cuba untuk memecahkan tembok 5000x sehari semalam zikir..Inshaa Allah... Zikir harian ni hendaklah diamalkan sekurang-kurangnya 1000x sehari...

Jumaat :
يَا اللهُ

Sabtu :
لَا إِلَهَ إِلَّا اللهُ

Ahad :
يَا حَيُّ يَا قَيُّومُ

Isnin :
لَا حَولَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللهِ العَلِيِّ العَظِيمِ

Selasa :
اللَّهُمَّ صَلِّى عَلَى عَبدِكَ وَرَسُولِكَ وَنَبِيِّكَ مُحَمَّد وَعَلَى اَلِهِ وَصَحبِهِ وَسَلِّم

Rabu :
اَستَغفِرُ اللهَ العَظِيمِ الَّذِي لَا إِلَهَ إِلَّا هُوَ الحَيُّ القَيُّومُ وَأَتُوبُ إِلَيكَ

Khamis :
سُبحَانَ اللهِ العَظِيمِ سُبحَانَ اللهِ وَبِحَمدِهِ

      Zikir yang diamalkan oleh Imam al-Ghazali.. moga-moga menjadi ikutan dan sentiasa beristiqamah dalam berzikir....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tokoh : Nikola Tesla, Genius Yang Dilupakan

Tesla, di usia 37 tahun, 1893, gambar oleh Napoleon Sarony
sumber gambar : http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/79/Tesla_circa_1890.jpeg/220px-Tesla_circa_1890.jpeg

      Rasanya kawan baru je tahu pasal Nikola Tesla ni dalam beberapa tahun kebelakangan. Sebelum ni mati-mati la kawan ingat Edison inventor yang cerdik dan Marconi pereka wireless... ceh.. rupa-rupanya seme hasil kerja Nikola Tesla...

      Nikola Tesla (10 Julai 1856 - 7 Januari 1943), Serbian American seorang pereka, jurutera elektrik, jurutera mekanikal, ahli fizik dan futuris yang dikenali dengan sumbangannya terhadap sistem bekalan elektrik alternating current (AC). Tesla mendapat pengalaman dalam telefoni dan kejuruteraan elektrik sebelum berpindah ke Amerika pada 1884  untuk bekerja dengan Thomas Edison. Dia kemudiannya membuka syarikat sendiri dengan sokongan kewangan, mendirikan makmal dan syarikat yang membangunkan peralatan elektrik. Motor induksi AC dan transformer yang dipatenkannya di bawah lesen George Westinghouse, juga bertanggungjawab mengupah Tesla sebagai konsultan untuk membangunkan janakuasa menggunakan alternating current. Tesla dikenali juga dengan ujikaji arus tinggi dan frekuensi tinggi di New York dan Colorado Spring di mana peralatan yang dipatenkan dan teori kerjanya berkaitan rekaan radio komunikasi, eksperimen x-raynya dan kegagalan percubaannya dalam transmisi tanpa wayar di dalam projek Menara Wardenclyffe yang tidak siap.

      Pencapaian dan kebolehan Tesla dalam menghasilkan rekaan baru menyebabkan dia menjadi terkenal di mata dunia. Walaupun dia memperoleh sejumlah wang yang banyak dari paten-patennya, dia menggunakannya untuk pelbagai ujikaji. Dia tinggal di hotel untuk kebanyakkan hidupnya walaupun jatuh bankrup dan memaksa dia hidup dalam keadaan melarat. Tesla terus menjemput wartawan ke parti yang diadakan sempena hari lahirnya untuk mengumumkan rekaan barunya. Oleh kerana cara dia bekerja tahun demi tahun, menyebabkan dia digelar saintis gila.

      Hasil kerja Tesla disembunyikan selepas kematiannya, tetapi sejak 1990an, reputasinya telah mengalami kemunculan semula. Hasil kerjanya dan rekaannya menjadi sumber bagi teori konspirasi dan digunakan untuk menyokong pelbagi pseudo sains, teori UFO dan okultisme New Age. Pada 1960, sebagai menghormati Tesla, Persidangan Utama Berat dan Ukuran Untuk Sistem Unit Antarabangsa telah mendedikasikan terma 'tesla' bagi unit ukuran SI untuk kekuatan medan magnetik. (Wikipedia)

      Entah betul ke tak terjemahan kat atas... hahahaha.... Ada banyak lagi nak cerita pasal Tesla... lain kali ada masa kawan update..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monolog : Hari Ini....

sumber gambar : http://fuh.my/wp-content/uploads/2013/11/makanan-penyebab-letih.jpg

      Baru balik pukul 6.10 petang... rasa nak tercabut lutut penangan kerja hari ini... hahaha.. letih? sapa tak letih wei....

      Semalam ngajo ngaji sampai pukul 11 malam... pukul 3 pagi hantar ghodong ke stesen keretapi... pukul 7.30 dah ada kat sekolah... pukul 12.30 seme dah balik sebab jemahat... kawan ngan ghodong jemahat kole triang hari ni..

      Balik jemahat sambung ngecat... ada sedikit menyampah di situ sebab cat minyak, kalo kena tangan nak cuci, bapok le payohnye...

      Malam karang, ngajo ngaji lagi.. kendian pukul 12-3 pagi rondaan taman.. Kena jugak keluar meronda sebab rondaan pertama tahun ni, lagipun kawan setiausaha krt... takkan tak tunjuk muka pulak.. hmmmm...........

      Apa pun, kerja kena ikhlas.. bila ikhlas mestilah lillah hi ta'ala... bukankah setiap kali solat, sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku semata-mata kerana Allah Tuhan seluruh alam....

      Masih ada perasaan malas.. Ingat ustaz kawan pesan, malas ni kerja syaitan... bila malas, masa te la kena rajin lebih sebab di situ la pahala....

      Ingat tak dapat nak update blog dah hari ni.. sempat lagi te... hahahaha... sibuk? ingat bebanyok ayat 29 surah ar-Rahman....

      Apa pun rasa bersalah hari ni sebab tak dapat baca surah al-Kahfi (bila la nak insaf ni wei.... ) Umur dah lanjut.. al-Kahfi pun tak hafal, gone nak ngelak fitnah dajjal....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Info : Perang Krimea

      Bila kawan membaca sesuatu dan terjumpa dengan perkara baru, kawan memang suka mengambil tahu serba sedikit mengenainya. Contoh, bila membaca mengenai Leo Tolstoy yang menulis selepas Perang Krimea. First time dengo.. jadi kawan post la kat sini...

Lukisan Franz Roubaud: Pengepungan Sevastopol (1904)
sumber gambar : http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/31/Malakhov1.jpg/300px-Malakhov1.jpg

      Perang Krimea (1853-1856) adalah peperangan yang terjadi di antara Kerajaan Rusia menentang tentera sekutu terdiri daripada Perancis, British, Kerajaan Sardinia dan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Kebanyakan konflik berlaku di semenanjung Krimea, peperangan lain berlaku di barat Turki dan laut Baltik. Perang Krimea dianggap sebagai peperangan moden pertama yang mempengaruhi peperangan selepasnya.

      Perang Krimea dikenali dengan nama yang berbeza-beza. Di Rusia, ianya dikenali sebagai Perang Oriental, manakala British menggelarnya Perang Rusia. Perang Krimea terkenal kerana kesalahan logistik dan taktik pada kedua belah pihak. Namun, ianya dianggap perang moden pertama kerana memperkenalkan perubahan teknik yang mempengaruhi peperangan selepasnya termasuklah taktik penggunaan keretapi dan telegraf. Malah, Florence Nightingale juga terkenal dalam peperangan ini kerana mempelopori kaedah perawatan moden dalam mengubati askar British yang tercedera. Perang ini juga merupakan perang yang pertama kali didokumentasikan dalam bentuk gambar.

      Punca peperangan ini terjadi kerana Napoleon III telah menghantar dutanya ke Kerajaan Turki Uthmaniyah dan memaksa Turki mengiktiraf Perancis sebagai Penguasa Berdaulat di Palestin. Rusia membantah keputusan tersebut kerana dua perjanjian sebelumnya pada tahun 1757 dan 1774, Kerajaan Turki Uthmaniyah telah mengiktiraf Rusia sebagai pelindung Kristian Ortodoks di Palestin.

      Napoleon III berkeras dengan menunjukkan kekuatan tenteranya dengan menghantar kapal armada Charlemagne ke Laut Hitam, yang merupakan pelanggaran terhadap Konvensyen Selat London. Sultan Abdulmecid I terpaksa tunduk dengan tekanan dan mengiktiraf Perancis dan Gereja Katolik Rom sebagai penguasa dan pelindung tempat suci Kristian yang sebelumnya dikuasai oleh Gereja Ortodoks Yunani.

      Tsar Nicholas I kemudiannya menghantar angkatan perangnya di sepanjang Sungai Danube dan menugaskan Count Karl Nesselrode, menteri luar negeri untuk membicarakan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Nesselrode mengutarakan perkara tersebut kepada Sir George Hamilton Seymour, Duta Besar Inggris di St Petersburg.

      Sebagai jawapan, Kerajaan Turki Uthmaniyah mengisytiharkan perang. British dan Perancis turut mengerahkan askar mereka. Pertempuran yang dahsyat sekitar Laut Hitam membuktikan kelemahan Rusia kerana dua pertiga tenteranya mati dalam peperangan. Setelah terlepasnya Sevastopol, Rusia terpaksa tunduk menerima jalan perdamaian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Monolog : Mari Mengaji.........

Sumber gambar : http://muslimdaily.net/file/berita-solo/indahnya%20mengaji.jpg 

      Malam ni dah masuk 3 malam kawan mengajo ghodong-ghodong mengaji. Sebenonye mende ni dah lama.. dari 2012 lagi kawan dah ngajo, tapi memandangkan kekadang kawan hilang semangat, hok nak diajor hilang semangat.. jadi kelas pun ditunda dari masa ke semasa...Harap-harapnya tahun ni, tidak la cenggitu lagi...

      Masa mula ngajo te, sebenonye kawan kesian ngan ghodong-ghodong.. umur ada cecah 50 tahun tapi masih lagi tak kenal huruf.. dah deme mintak kawan ngajo.. jadik kawan ngajo la.. Masalahnya bila ramai dah masuk iqra' 3 atau 4.. deme mula culas... Kawan pun tak leh kabo mende, sebab kelas pun bukan berbayo, masing-masing atas ikhlas sendiri ngajo dan belajo...

      Biasanya kelas iqra' dewasa ni kawan buat lepas isya' kat surau.. nunggu orang lain seme dah balik baru kawan ngajo. Ye la.. kawan faham, ada yang malu sebab dah tetua baru nak belajo a ba ta..Tapi bagi kawan, mende nak dimalukan.. Yang patut malu, orang yang tak nak belajo, sebab ngaji ni fardhu ain...

      Bayangkan, bila orang tua meninggal, kita nak baca mende? Ada sorang ghodong kawan tanya, mende hok dibaca taim ayah ninggal, kabo dek deme.. baca surah al-Ikhlas je la... Sebab te, kawan gesa ghodong-ghodong belajo ngaji, kekurang  kenal la jugak mende nak dibaca.. Jadi bila deme dah boleh baca merangkak-rangkak dan start malas, kawan tak leh kabo mende...

      Dulu, kawan tak le memikir sangat bab ngaji ni.. Bagi kawan seme orang Melayu reti ngaji.. tapi malangnya, sasor jauh pandangan te... Ye lah, masa te kawan hidup dalam kelompok macam kawan, seme boleh ngaji, bila dah bercampur gaul ngan masyarakat.. baru sedor... ramai weiii tak leh ngaji rupa-rupanya...... Kawan jadik malu sendiri....

      Jadi, bila dah start kelas ni.. kawan balik dari surau sekarang biasanya pukul 10 - 10.30 malam. Kalo ada ghodong-ghodong nelefon te, mintak maap le bebanyok wei... Kiranya pukul 7 - 10.30 malam te, tak yah la wokme nelefon kawan sebab kawan memang tak bawok telefon ke surau...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

6 Pertanyaan Imam al-Ghazali

     Pada suatu hari, Imam al-Ghazali menghimpunkan murid-muridnya, lalu beliau bertanya beberapa perkara

Pertama, “Apakah yang paling dekat dengan diri kita di dunia ini?. ”

     Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, teman, dan kaum kerabatnya. Imam al-Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah “mati”. Sebabnya janji Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati. (Ali Imran: 185)

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan pertanyaan yang kedua. “Apakah yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?”.

     Murid-muridnya ada yang menjawab negara China, bulan, matahari, dan bintang-bintang. Lalu Imam al-Ghazali menjelaskan bahawa semua jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar, ujarnya, adalah “masa lalu.” Bagaimana hebatpun manusia, kita tidak boleh kembali ke masa lalu. Oleh sebab itu kita hendaklah menjaga hari ini dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Islam.

Lalu Imam al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga. “Apakah yang paling besar di dunia ini?”.

     Murid-muridnya ada yang menjawab gunung, bumi, dan matahari. Semua jawaban itu benar kata Imam Ghazali. Tetapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah “nafsu” (al-A’araf: 179). Maka kita hendaklah berhati-hati dengan nafsu, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka.

Pertanyaan keempat adalah, “Apakah yang paling berat di dunia ini?”.

     Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah. Semua jawaban adalah benar, kata Imam Ghazali, tetapi yang paling berat adalah “memegang amanah” (al-Ahzab 72). Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semuanya tidak mampu ketika Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah (pemimpin) di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya bersetuju dengan permintaan Allah sehingga ramai manusia dimasukkan ke dalam neraka kerana lalai dalam memegang amanahnya.

Pertanyaan yang kelima adalah, “Apakah yang paling ringan di dunia ini?”.

     Ada yang menjawab kapas, angin, debu, dan daun-daunan. Semua itu benar kata Imam al-Ghazali. Namun menurut beliau yang paling ringan di dunia ini adalah ‘meninggalkan solat’. Kerana sibuk dalam pekerjaan, maka kita meninggalkan solat.

Pertanyaan keenam adalah, “Apakah yang paling tajam di dunia ini?”.

     Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang. Benar kata Imam al-Ghazali. Tetapi yang paling tajam adalah “lidah manusia”. Kerana melalui lidah, manusia dengan mudah menyakiti hati dan melukai perasaan saudaranya sendiri. 

Sumber : Si Pencari Ilmu

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Generasi Indigo

Adakah anda merasa tiada siapa pun memahami anda?
Adakah anda merasa anda sangat berbeza dari orang lain?
Adakah anda merasa anda dilahirkan di zaman yang salah dan tidak sesuai untuk diri anda?
Adakah anda merasa idea anda terlalu jauh dan abstrak untuk difahami sesiapa?

Adakah anda susah untuk mengikuti peraturan yang ditetapkan?
Adakan anda suka melakukan sesuatu mengikut cara anda sendiri?
Adakah anda selalu memikirkan cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu?
Adakah anda sering dilabel pemberontak/rebellious?
Adakah anda merasa anda dilahirkan untuk melakukan satu misi khusus?

Adakah anda sangat sensitif kepada perkara yang berlaku di sekeliling anda?
Adakah anda mempunyai minda yang suka menerawang dan susah fokus pada sesuatu?
Adakah anda mencintai kebebasan dan tidak suka diikat oleh sesiapa atau sesuatu?

Adakah anda tidak suka bertaklid membabi buta?
Adakah anda suka mencabar pemikiran sendiri?
Adakah anda tidak suka terikat kepada tradisi dan kebiasaan?
Adakah anda tak kenal erti takut?
Adakah anda lebih banyak menggunakan rasional berbanding hati?

Adakah anda pernah mengalami Deja-Vu?
Adakah anda pernah bermimpi dan perkara tersebut terjadi?
Adakah anda dapat merasakan apa yang dirasai oleh orang lain walaupun anda tidak mengenalinya?
Adakah anda bermimpi warna (vivid dream), bukan hitam putih seperti kebanyakan?

Paling penting, adakah anda mementingkan keadilan dan kebenaran lebih dari segalanya?

     Jika anda menjawab ya kepada semua semua soalan di atas atau kebanyakkannya.. maka tahniah.. wokme adalah indigo wei....

     Terma ini dimulakan oleh seorang psikik dan kaunselor bernama Nancy Ann Tappe dalam bukunya yang bertajuk Understanding Your Life Through Color (1982), di mana Nancy mengklasifikasikan personaliti manusia berdasarkan kepada warna aura mereka. Pada hari ini, Nancy menganggarkan bahawa 60% mereka yang berusia 14 hingga 25 dan 97% dari kanak-kanak yang berusia di bawah 10 tahun adalah indigo. (artikel ini telah lama ditulis, mereka yang lahir tahun 1978 dan ke atas....)

     Semenjak tahun 2000, dunia telah menyaksikan kelahiran kanak-kanak yang rata-ratanya bermata besar dan seakan berkaca (crystal-like), di mana kanak-kanak ini telah mendemonstrasikan kriteria yang sebahagiannya ada dinyatakan dalam soalan-soalan di atas. Sesetengah mereka mempunyai memori yang sangat kuat, sehinggakan ada di antara mereka yang kononnya pernah mengaku telah lahir sebelum ini, dan sangat bijak menjawab soalan. Seolah-olah mereka pernah lahir pada zaman yang mereka sebutkan itu. Mereka mempunyai kuasa psikik, di mana mereka mampu melihat masa lalu dan masa depan kerana terbukanya cakra mata ketiga mereka. Mereka juga mempunyai intuisi dan imaginasi yang kuat, selain memiliki kemampuan spiritual yang tinggi.

     Selain dari itu, kanak-kanak Indigo secara naturalnya sangat cenderung kepada perkara berbaur misteri, spiritual, paranormal dan occults, dan seringkali adalah mereka yg cenderung untuk berfikir 'outside the box', tidak suka bertaklid kepada sistem lama/tradisi, lebih gemar memperbaharui cara untuk melakukan sesuatu sehingga kadang-kadang mereka dilabel sebagai 'rebellious' atau 'system busters'. Indigo dikatakan juga memiliki wisdom dan level kesedaran jauh lebih advance dari usia mereka sendiri.

     Tidak mustahil, kita akan dapat melihat manusia yang memiliki super power seperti dalam siri The X-Men. Kanak-kanak Indigo ini memiliki keistimewaan yang selama ini tidak terdapat dalam kalangan orang biasa. Mereka dikatakan memiliki kuasa paranormal, antaranya mampu membaca minda, selain mempunyai rasa empati dan daya kreativiti yang tinggi. Namun demikian, Indigo ini juga seringkali didiagnosiskan mengalami antaranya Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), Attention Deficit Disorder (ADD) dan Obsessive-Compulsive Disorder (OCD).

Sumber :  Cari

Nota buku lali : am i an indigo? yup....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Ahli Sufi : Doa Mustajab

sumber gambar : https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjlLb6jlolrTOaKih0415bHuhdUwT4ZEuLkWe7bsDfJO-XDv8WMYIteOs04WP3UXHM1vE8yrWsh5GBN6poCaKQMQlPSj-e4lKA4BKRGb-oc_i518OnqYHnZsOFGUfx5-rctutLLQbqZEaZn/s1600/doa.jpg

     Ada seorang ahli sufi yang memang terkenal dengan doanya yang mustajab sehingga tiada satu pun doanya yang tidak dimakbulkan oleh Allah. Pada suatu hari, ahli sufi tersebut keluar dari rumah dengan berjalan kaki. Sehinggalah beliau sampai di depan sebatang sungai dan dia ingin ke seberang sana. Jika dia mahu, dia boleh saja berdoa kepada Allah supaya dia dapat berjalan di atas air dan menyeberang sungai dengan sekelip mata. Namun, beliau tidak melakukannya, bimbang akan timbul perasaan riak di dalam hatinya.

     Setelah menunggu, datanglah sebuah sampan yang membawa penumpang ke seberang. Di atas sampan tersebut kelihatan beberapa orang yang mempunyai tujuan yang sama. Tiba-tiba, ada seorang lelaki yang bertanya kepada ahli sufi tersebut,

"Wahai ahli sufi, bagaimana kamu berdoa sehingga semua doa-doamu makbul?"

     Ahli sufi hanya berdiam tanpa menjawab soalan lelaki tersebut. Sehinggalah sampai satu masa hanya tinggal tiga orang dalam sampan tersebut iaitu pendayung sampan, lelaki serta ahli sufi tersebut. Tiba-tiba, ahli sufi menolak lelaki tadi sehingga terjatuh ke dalam sungai. Lelaki tersebut menjerit meminta tolong. Lelaki itu tidak tahu berenang, dan dia memang bersungguh-sungguh menjerit meminta tolong. Sehinggalah sampai masa pendayung sampan terjun untuk menyelamatkannya.

     Sehinggalah lelaki tersebut selamat dan kembali berada di dalam sampan. Setelah menghilangkan penat akibat tercungap-cungap lemas tadi, dia kembali bertanya kepada ahli sufi,

"Wahai ahli sufi, mengapa engkau menolak aku ke dalam sungai?"

"Aku hanya bertanya satu soalan kepada engkau, bagaimana engkau berdoa dan semua doamu mustajab," sambung lelaki itu lagi.

"Itulah jawapanku kepada soalanmu," jawab ahli sufi.

     Jawapan itu membuatkan lelaki tersebut terpinga-pinga. Ahli sufi kemudian menyambung dengan persoalan,

"Bagaimana keadaanmu ketika di dalam sungai tadi?"

     "Tadi ketika di dalam sungai, aku menjerit-jerit meminta tolong. Berharap semoga adanya pertolongan yang datang, kerana aku sedar aku tak boleh berenang. Aku berdoa kepada Allah supaya adanya orang yang akan datang menyelamatkan aku. Aku bersungguh-sungguh berdoa meminta pertolongan dengan menjerit meminta tolong,"

     "Itulah sebenarnya cara kita berdoa kepada Allah. Jika kita inginkan sesuatu daripada Allah, seharusnya kita minta dengan bersungguh-sungguh dan penuh dengan keyakinan dalam doa kita kepadanya,"

Akhirnya, lelaki yang bertanya faham dengan penjelasan yang cuba disampaikan oleh ahli sufi tadi.

Sumber : Nasehat Kehidupan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cemburu...

Dalam hidup ini.. siapa yang tiada perasaan cemburu? Sebab itu, bila di syurga kelak, Allah akan menghapuskan perasaan cemburu ini di dalam hati penghuni syurga....

"Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu kepada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya pada jalan kebaikan, dan kepada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia siang dan malam." (HR Muslim)

Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah SWT harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredai oleh Allah SWT) dan orang yang dikurniakan oleh Allah SWT ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan hadis) serta diajarkannya pula kepada orang lain.” (HR al-Bukhari) 

Sesungguhnya sifat cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Dan di antara buruk sangka itu pun ada yang disukai Allah dan ada yang dibencinya. Cemburu yang disukai Allah ialah perasaan cemburu terhadap masalah yang patut dicurigai. Cemburu yang dibenci Allah ialah cemburu terhadap sesuatu yang tidak patut diragui. Buruk sangka yang disukai Allah ialah buruk sangka terhadap dirinya ketika dalam pertempuran. Buruk sangka yang tidak disukai Allah ialah buruk sangka yang bersarang dalam jiwa seseorang." (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Nasaei)

"Sesungguhnya Allah cemburu, orang beriman cemburu, dan cemburuNya Allah jika seorang Mu'min melakukan apa yang Allah haramkan atasnya" (HR Imam Ahmad, al-Bukhari dan Muslim).

Kawan memang jeles dengan orang yang banyak ilmunya dan mengajarkan kepada orang lain, sebab te kawan berusaha sedaya upaya untuk mempelajari semua perkara yang termampu otak menampungnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tokoh : Leo Tolstoy - Novelis Agung Sepanjang Zaman

sumber gambar : http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/c6/L.N.Tolstoy_Prokudin-Gorsky.jpg/225px-L.N.Tolstoy_Prokudin-Gorsky.jpg

Count Lev Nikolayevich Tolstoy (9 September 1828 - 20 November 1910), juga dikenali sebagai Leo Tolstoy. Merupakan penulis Rusia di mana hasil kerja utamanya ialah novel dan cerita pendek. Tolstoy dianggap pakar dalam fiksyen realistik dan ramai menganggapnya sebagai novelis teragung di dunia. Dia dikenali dengan dua buah novel yang paling panjang iaitu War and Peace (1869) dan Anna Karenina (1877). Penghargaan pertama Tolstoy dalam bidang kesusasteraan ketika berumur 20an untuk karya Sevastopol Sketches (1855), berdasarkan pengalamannya dalam Perang Crimean diikuti dengan penerbitan trilogi semi-autobiografi Childhood, Boyhood and Youth (1855-1858). Fiksyennya mengandungi 2 novel tambahan, berdozen cerita pendek dan beberapa novela terkenal termasuklah The Death of Ivan Ilych, Family Happiness dan Hadji Murad. Di akhir usianya, dia juga menulis drama dan esei.

Tolstoy juga dikenali dengan persona yang rumit dan bertentangan. Juga dengan moral yang ekstrim dan zuhud, di mana dia mengambilnya selepas krisis moral dan kebangkitan semangat sekitar 1870an, selepas dia dikenali sebagai pemikir moral dan penggerak budaya. Ideanya berkisar tentangan tanpa kekejaman, diperlihatkan di dalam hasil karya The Kingdom Of God Is Within You, di mana memberi kesan hebat kepada tokoh abad 20 seperti Mohandas Gandhi dan Martin Luther King Jr.  (Wikipedia)

Mungkin ramai yang kenal dengan Leo Tolstoy ni. Kawan mula mengetahui tentang dia ketika membaca cerpen oleh Angkatan Sasterawan 50, di mana mereka cukup mengagumi karya-karyo Leo Tolstoy. War and Peace dan Anna Karenina merupakan karya agungnya dan kedua-duanya pernah difilemkan dan didramakan juga. Kawan sampai sekarang belum berkesempatan untuk menghabiskan kedua-dua novel tersebut, hanya sempat baca bab 1 sahaja.

Petikan kata-kata Leo Tolstoy :

"Semua orang berfikir untuk mengubah dunia, tetapi tiada seorang pun berfikir untuk mengubah dirinya"

"Kebosanan : Hasrat untuk keinginan"

"Walaupun di lembah kematian, 2 tambah 2 tidak akan menjadi 6"

"Ahli sejarah seumpama orang pekak yang menjawab soalan yang tidak ditanya kepada mereka"

"2 Pahlawan utama, kesabaran dan masa"

"Tanpa mengetahui siapa saya dan di mana saya berada, hidup adalah mustahil"

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Existentialisme

Oleh kerana, post sebelum ini ada menyebut mengenai existentialisme, satu istilah yang agak baru di telinga kawan dan supaya kawan dapat memahami secara terperinci.. jadi kawan cuba untuk menterjemahkan ke dalam Bahasa Melayu supaya kawan tahu dan faham (Band 2.. hahaha)

Existentialisme merupakan satu terma yang dipakai untuk menggambarkan hasil kerja ahli filosofi hujung abad 19 dan abad 20, di mana walaupun mereka mempunyai doktrin berbeza tetapi berkongsi kepercayaan bahawa pemikiran falsafah bermula dengan subjek manusia - bukan memikirkan subjek, tetapi lakonan, perasaan dan kehidupan individu. Di dalam existentialisme, titik permulaan individu ialah watak yang digelar 'the existential attitude' (sikap existential) ataupun perasaan kebingungan dan kekeliruan di wajah yang tidak bermakna dan dunia yang tidak masuk akal. Kebanyakan existentialis juga menganggap sistem tradisi atau akademi falsafah, di dalam konteks dan budaya adalah terlalu abstrak dan terpencil dari pengalaman konkrit manusia.

Søren Kierkegaard umumnya dianggap sebagai ahli falsafah existentialis pertama, walaupun dia sendiri tidak pernah menggunakan istilah existentialisme. Dia mencadangkan setiap individu - bukan masyarakat atau agama - adalah bertanggungjawab sepenuhnya dalam memberi makna kehidupan dan hidup dengan penuh keyakinan dan keikhlasan. Existentialisme menjadi popular selepas Perang Dunia Kedua, dan memberikan pengaruh yang kuat kepada disiplin selain falsafah. Termasuklah teologi, drama, seni, sastera dan psikologi.

Sumber : Wikipedia

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tokoh : Chairil Anwar Pemuisi Unggul

sumber gambar : http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/7c/Chairil_Anwar.jpg/220px-Chairil_Anwar.jpg

Salah seorang pemuisi yang kawan kagumi. Puisinya bukan orangnya. Legasi puisi yang ditinggalkannya sering memberi pengaruh kepada pemuisi-pemuisi selepasnya.

Chairil Anwar (26 Julai 1922 - 28 April 1949), juga digelar 'Binatang Jalang' sempena puisi 'Aku' merupakan pemuisi Indonesia dan ahli kepada 'Angkatan 45'. Dia dianggarkan menulis 96 karya termasuk 70 puisi.

Dilahirkan dan dibesarkan di Medan, Sumatera Utara sebelum berpindah ke Batavia pada 1940 bersama ibunya, di mana dia mula menjebakkan diri ke dalam kesusasteraan. Selepas menerbitkan puisi pertama pada 1942, dia terus menulis. Bagaimanapun, puisinya pada masa itu telah dihalang oleh Jepun yang menakluki Indonesia. Hidup dengan jiwa memberontak, dia meluaskan penulisan, terutamanya mengenai kematian. Dia meninggal dunia di Jakarta oleh penyakit yang tidak diketahui. (Kemungkinan aids atau siflis, mungkin... dengan cara hidup dia yang tidak sihat)

Karyanya berkisar tentang pelbagai tema, antaranya kematian, individualisme, existentialisme dan selalunya pelbagai interpretasi. Mengambil pengaruh dari pemuisi barat, dia selalunya menggunakan bahasa seharian dan sintaks baru di dalam puisinya. Di mana ianya membantu perkembangan dalam Bahasa Indonesia. Puisinya selalu dibentuk secara tidak tetap, tetapi mempunyai corak tertentu - Wikipedia

Antara puisi-puisinya yang terkenal ialah Aku, Cintaku Jauh di Pulau, Hampa, Rumahku, Doa, Persetujuan dengan Bung Karno, Sajak Putih dan Tak Sepadan.

Aku

Kalau sampai waktuku
‘Ku mau tak seorang ‘kan merayu
Tidak juga kau

Tak perlu sedu sedan itu

Aku ini binatang jalang
Dari kumpulannya terbuang

Biar peluru menembus kulitku
Aku tetap meradang menerjang

Luka dan bisa kubawa berlari
Berlari
Hingga hilang pedih peri

Dan akan akan lebih tidak perduli
Aku mau hidup seribu tahun lagi

Sajak Putih

Bersandar pada tari warna pelangi
Kau depanku bertudung sutra senja
Di hitam matamu kembang mawar dan melati
Harum rambutmu mengalun bergelut senda

Sepi menyanyi, malam dalam mendoa tiba
Meriak muka air kolam jiwa
Dan dalam dadaku memerdu lagu
Menarik menari seluruh aku

Hidup dari hidupku, pintu terbuka
Selama matamu bagiku menengadah
Selama kau darah mengalir dari luka
Antara kita Mati datang tidak membelah…

Sumber sajak : Puisi Chairil Anwar

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

3D : Mari Menjulingkan Mata

Kawan suka melihat gambar 3D, dulu masa bebudak tak reti nak tengok.. .Bila dah tua bangka ni baru nampak...







Jawapan
1. 3 bulatan
2. 2 Kuda laut dan 1 tapak sulaiman
3. 11 tompok coklat
4. Dinasour (tah mende nama.. tak tau)
5. Bunga mawar
6. Planet zuhal

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku : A Deadly Secret - Jin Yong

Salah satu buku yang menarik untuk dibaca hasil tulisan Jin Yong juga dikenali sebagai Louis Cha. Terus terang, kawan tidak memilik buku ini secara fizikal tetapi membacanya dalam bentuk ebook. Buku ini ditulis dalam bahasa Cina kemudian diterjemah oleh peminat-peminatnya ke dalam Bahasa Inggeris. Buku ini tiada di dalam versi Bahasa Melayu.

A Deadly Secret, juga dikenali sebagai Requiem of Ling Sing dan Secret of the Linked Cities. Novel wuxia oleh Jin Yong. Pertama kali diterbitkan di dalam Southeast Asia Weekly dan surat khabar Hong Kong Ming Pao pada 1963. Tajuk asal di dalam bahasa Cina ialah Su Xin Jian sebelum Jin Yong menukarkannya kepada Lian Cheng Jue. Cerita ini mengisahkan pengembaraan protagonis Di Yun, seorang petani biasa yang telah diperangkap dan dipenjarakan. Di dalam pengembaraannya untuk menuntut bela, dia secara tidak sengaja menemui manual Liancheng Swordplay, satu artifak purba yang bukan sahaja mengandungi kemahiran yang luar biasa tetapi juga mengandungi rahsia yang membawa kepada harta karun. (Wikipedia)

Di akhir buku (novel) ini, Jin Yong menceritakan dia mendapat inspirasi cerita ini dari pembantu rumahnya yang sudah tua. Jalan cerita hampir sama kecuali pembantu rumahnya tidak memiliki kungfu luar biasa untuk membalas dendam.

Sesiapa yang berminat untuk membaca ebook Jin Yong atau novelis lain, bolehlah cuba mencari di Wuxia Society ataupun di Amazon.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku : We Are Not The First - Andrew Tomas

Antara buku kegemaran kawan. Tak tahu berapa kali dah kawan mengkhatamkannya. Ditulis pada 1971 dan diterbitkan pada 1972. Pada sesiapa yang berminat dengan pengetahuan purba yang menghairankan bolehlah cuba mencari dan membacanya. (search ebook...)

Antara isi kandungan :
  1. Aborigin Australia telah lama mengamalkan pemindahan darah sebelum zaman prasejarah lagi sedangkan perkara ini masih baru mengikut perubatan barat.
  2. Buku Hindu purba di dalam 230 stanza menceritakan secara terperinci mengenai pembuatan kapal terbang, berzaman sebelum Wright bersaudara.
  3. Robot dan komputer merupakan realiti berabad sebelum Norbert Wiener. Penduduk awal England menggunakan komputer dari batu - Stonehenge, untuk meramal gerhana bulan dan matahari.
  4. Teori atom, relativiti dan evolusi telah diketahui oleh orang-orang dahulu. Semuanya beratus tahun sebelum masihi.
  5. Maharaja Rom, Diocletian telah mengeluarkan satu perintah di Mesir sekitar 300 masihi untuk membakar buku buku berkaitan pembuatan emas dan perak.
Jadi, sesiapa yang berminat dengan sains purba.. bolehlah cuba mencarinya untuk menambahkan pengetahuan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ilmu Maritim Melayu

 sumber gambar : http://lokalgenius.blogspot.com/2010/07/teknologi-melayu-merempuh-badai.html

Mungkin tidak ramai di antara pembaca yang biasa mendengar tentang istilah-istilah maritim ini, namun ia sangat difahami oleh para pelaut Melayu terutama nelayan dan yang terlibat dalam rekreasi memancing.Istilah-istilah ini telah pun diperturunkan sejak ratusan tahun atau mungkin ribuan tahun lalu, dari generasi ke generasi hingga ke hari ini.

Ia adalah penandaan kriteria-kriteria laut yang sangat berguna dan sangat difahami oleh pelaut atau nelayan Melayu dalam menjalankan aktiviti gerak kerja mereka.

Ilmu maritim Melayu ini menghuraikan secara terperinci tentang kriteria-kriteria air laut mengikut pecahan musim yang di namakan musim-musim edaran air laut. Dalam sebulan (30 hari mengikut sistem kalendar Hijrah) ,sifat air laut ini terpecah kepada 10 musim edaran (setiap musim edaran meliputi 3 hari). 10 musim edaran ini pula terpecah kepada 2 pusingan, iaitu pusingan pertama - dari 1 hb hingga 15 hb Hijrah. Pusingan ke dua pula bermula dari 16 hb hingga 30 hb Hijrah.

Pusingan Pertama
1. Air Pasang Besar Peringkat 1 (1,2 dan 3 hb).
2. Air Menyorong Kecil (4,5 dan 6 hb ).
3. Air Pasang Mati (7,8 da9 hb).
4. Air Menyorong Besar (10, 11 dan 12 hb).
5. Air Pasang Besar peringkat 2 (13,13 dan 15 hb).

Pusingan ke Dua
6. Air Pasang Besar Peringkat 1 ( 16,17 dan 18 hb).
7. Air Menyorong Kecil (19, 20 dan 21 hb).
8. Air Pasang Mati (22, 23 dan 24 hb).
9. Air Menyorong Besar (25, 26 dan 27 hb).
10. Air Pasang Besar Peringkat 2 (28, 29 dan 30 hb).

Kriteria-kriteria mengikut musim edaran

Air Pasang Besar Peringkat 1 dan 2.
-Paras timpas (minima) yang sangat rendah ketika surut.
-Paras maksima sangat tinggi waktu penuh.
-Pergerakan arus yang sangat laju ketika air pasang.

Air Menyorong Kecil dan Air Menyorong Besar.
-Paras timpas dengan kedalaman sederhana (lebih tinggi sedikit dari musim air pasang besar).
-Paras maksima dengan ketinggian sederhana pada waktu penuh (kurang dari paras penuh waktu musim air pasang besar).
-Arus bergerak dengan kelajuan sederhana.

Air Pasang Mati.
-Paras timpas agak tinggi berbanding musim edaran sebelumnya.
-Paras maksima yang agak rendah waktu penuh.
-Arus bergerak dengan kelajuan sangat perlahan.

Untuk pengetahuan ,semua musim-musim ini berkaitan secara langsung dengan kedudukan bulan sepanjang bulan mengelilingi bumi di laluan orbitnya.

Begitulah hebatnya ilmu astronomi bangsa Melayu terdahulu.

sumber : Mohd Salleh Mazukhi via Carigold

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Kisah Ahli Sufi : Tembikai

sumber gambar : http://bicarasihat.com/wp-content/uploads/2011/09/watermelon.jpg

Pada suatu hari, seorang ahli sufi yang masyhur bernama Syaqiq Al-Balkhir telah membeli sebiji tembikai.

Kemudian dia membawa tembikai itu pulang dan diberikan kepada isterinya.

Apabila isterinya membelah tembikai itu untuk dimakan, ternyata buah tembikai itu tidak elok, maka marah-marahlah isteri Syaqiq dengan keadaan tersebut.

Maka bertanyalah Syaqiq kepada isterinya:

“Kepada siapa engkau tujukan marahmu itu, adakah kepada penjual, pembeli, penanam atau Pencipta buah tembikai itu?.”

Terdiam isterinya mendengar pertanyaan tersebut.

Kemudian Syaqiq teruskan lagi kata-katanya:

“Adapun si penjual, sudah tentu mahu jualannya terdiri daripada barangan yang terbaik. Adapun si pembeli juga sudah tentu mahu membeli barang yang terbaik juga. Bahkan si penanam juga sudah tentu berharap hasil tanamannya yang terbaik juga.

Maka ternyatalah marahmu ini engkau tujukan kepada Pencipta buah tembikai ini. Maka bertaqwalah engkau kepada Allah dan redhalah dengan segala ketentuan Nya.”

Maka menangislah isteri Syaqiq. Lalu bertaubat dan iapun redhalah dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah SWT.

Waalahu’Alam

sumber : Sitik's Blog

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Pendidikan Islam atau Sukatan Pelajaran?

Sejak 2-3 menjak ni, kawan asyik terfikirkan perkara ini. Selama lebih kurang 15 tahun kawan mengajar, adakah apa yang kawan ajar itu Islam atau sukatan pelajaran?

Jika benar ianya Islam, kenapa setiap kali Solat Jumaat kawan lihat kanak-kanak membuat bising ketika khatib membaca khutbah. Jika benar kawan mengajar Islam, kenapa masih ada perasaan benci, iri hati, cemburu dan sebagainya? Jika benar kawan mengajar Islam, kenapa masalah sosial semakin menjadi-jadi di Malaysia? kenapa kadar jenayah semakin meningkat?

Islam yang diajarkan Rasulullah bukan begitu caranya. Agama itu nasihat. Jika mahu melihat akhlak Rasulullah, lihatlah al-Quran. Sebab itu pandangan orang bukan Islam di Malaysia jika seseorang ingin kembali kepada Islam (kawan suka pilih kembali, bukan menukar agama), mereka akan kata masuk Melayu. Islam tidak semestinya Melayu... itu yang sebetulnya.

Sebab itu, kawan kurang suka bersolat Jumaat di Masjid Daerah. Bising. Malah, pernah warga Pakistan menegur kawan kenapa kanak-kanak di Malaysia membuat bising ketika di dalam masjid? Di tempatnya tidak begitu. Dan kawan percaya, kanak-kanak tersebut kebanyakkannya boleh membaca al-Quran dengan betul tajwidnya. Tapi kalau setakat membaca tanpa menghayati, apa bezanya manusia dengan burung kakak tua?

Begitu juga perasaan dengki dan iri hati masyarakat Melayu di Malaysia. Kenapa perlu iri hati kepada seseorang yang berjaya dalam perniagaan? Malah sanggup menyihir pesaing perniagaan agar hanya perniagaan mereka sahaja maju. Itu bukan Islam... Malu, bila mereka ini mengaku mereka Islam sedangkan dalam masa yang sama tidak percaya rezeki adalah milik Allah.

Bukankah setiap kali kita bersembahyang, kita akan membaca doa iftitah. Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah semata-mata.

Dan ianya membuatkan kawan terfikir... selama ini kawan hanya mengajar sukatan pelajaran...........

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS