sumber gambar : http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/c/c6/L.N.Tolstoy_Prokudin-Gorsky.jpg/225px-L.N.Tolstoy_Prokudin-Gorsky.jpg
Count Lev Nikolayevich Tolstoy (9 September 1828 - 20 November 1910), juga dikenali sebagai Leo Tolstoy. Merupakan penulis Rusia di mana hasil kerja utamanya ialah novel dan cerita pendek. Tolstoy dianggap pakar dalam fiksyen realistik dan ramai menganggapnya sebagai novelis teragung di dunia. Dia dikenali dengan dua buah novel yang paling panjang iaitu War and Peace (1869) dan Anna Karenina (1877). Penghargaan pertama Tolstoy dalam bidang kesusasteraan ketika berumur 20an untuk karya Sevastopol Sketches (1855), berdasarkan pengalamannya dalam Perang Crimean diikuti dengan penerbitan trilogi semi-autobiografi Childhood, Boyhood and Youth (1855-1858). Fiksyennya mengandungi 2 novel tambahan, berdozen cerita pendek dan beberapa novela terkenal termasuklah The Death of Ivan Ilych, Family Happiness dan Hadji Murad. Di akhir usianya, dia juga menulis drama dan esei.
Tolstoy juga dikenali dengan persona yang rumit dan bertentangan. Juga dengan moral yang ekstrim dan zuhud, di mana dia mengambilnya selepas krisis moral dan kebangkitan semangat sekitar 1870an, selepas dia dikenali sebagai pemikir moral dan penggerak budaya. Ideanya berkisar tentangan tanpa kekejaman, diperlihatkan di dalam hasil karya The Kingdom Of God Is Within You, di mana memberi kesan hebat kepada tokoh abad 20 seperti Mohandas Gandhi dan Martin Luther King Jr. (Wikipedia)
Mungkin ramai yang kenal dengan Leo Tolstoy ni. Kawan mula mengetahui tentang dia ketika membaca cerpen oleh Angkatan Sasterawan 50, di mana mereka cukup mengagumi karya-karyo Leo Tolstoy. War and Peace dan Anna Karenina merupakan karya agungnya dan kedua-duanya pernah difilemkan dan didramakan juga. Kawan sampai sekarang belum berkesempatan untuk menghabiskan kedua-dua novel tersebut, hanya sempat baca bab 1 sahaja.
Petikan kata-kata Leo Tolstoy :
"Semua orang berfikir untuk mengubah dunia, tetapi tiada seorang pun berfikir untuk mengubah dirinya"
"Kebosanan : Hasrat untuk keinginan"
"Walaupun di lembah kematian, 2 tambah 2 tidak akan menjadi 6"
"Ahli sejarah seumpama orang pekak yang menjawab soalan yang tidak ditanya kepada mereka"
"2 Pahlawan utama, kesabaran dan masa"
"Tanpa mengetahui siapa saya dan di mana saya berada, hidup adalah mustahil"





