Soalan yang simple.. tapi, payah kawan nak menjawabnya. Kalo yang bertanya te, ahli tasauf.. senang le sikit menjawabnya...
Sebab apa jadi macam te? Ishhh.. ishhh.. ishhh... panjang ceritanya...Kawan cuba pendekkan.
Kawan lahir di Paya Kumboh, kemudian dituko nama jadik Simpang Penak, kemudian dituko lagi dengan nama baru Bukit Cermin... Tapi kawan dibesarkan di Jengka... Kalo kawan jawab Paya Kumboh, orang akan bertanya kat mana te? Kawan jenis malas nak menerangkan sesuatu... Jadi selalunya kawan jawab Pasir Rawa... hahaha.. Orang akan bertanya mana Pasir Rawa? Nama lama Mentakab.
Kalo kawan jawab di Jengka, orang akan bertanya Jengka berapa... Kalo kawan jawab, diorang akan cakap.. "saya ada saudara/abang/kakak duduk di Jengka sekian.. sekian" Mana la kawan tau.. Jengka 13 pun kawan tak kenal seme.. inikan pulak Jengka 1,2,3,4,5,6 dan seterusnya.....Orang seme anggap, Jengka ni seme bersebelahan dan berturutan.. Ye, Jengka 12 dan 13 bersebelahan.. tapi Jengka 14, nun... di hujung sana....Dah la average rumah di satu-satu Jengka 300-400 pintu...
Adik beradik kawan, hanya kawan seorang yang lahir di Paya Kumboh. Kakak-kakak kawan lahir di Pulau Pinang, manakala adik-adik kawan seme lahir di Jengka. Macam mana jadi gitu? Kan dah jadi panjang nak cerita...
Cerita sebelah ayah kawan. Ayah kawan lahir di Mengkarak tapi dibesarkan di Kubang Semang, Pulau Pinang. Sebab? Arwah aki kawan polis, asal Pulau Pinang berkahwin dengan arwah wan kawan asal Penak... Kalo citer sebelah arwah wan.. Mak dia orang Penak tetapi ayahnya orang Kerdau... Sebelah aki, kawan tak tau sebab aki meninggal sebelum kawan lahir.. (selalu jadi modal kawan kalo ponteng sekolah.. datuk meninggal, jadi kena cuti....)
Mak kawan pula memang lahir di Mengkuang Keretapi, Kuala Mengkuang, Bukit Mertajam, Seberang Prai, Pulau Pinang... perghhh.. panjang alamat.... Ayah dan Mak kawan berkahwin di Pulau Pinang, bila kakak kawan yang kedua lahir, mereka berpindah ke Jengka menjadi peneroka..
Kalo sebelah mak, tok (gelaran untuk nenek bagi orang utara) asal Kedah, manakala tok wan asal dari Pattani, berhijrah ke Kedah, kemudian ke Pulau Pinang, kemudian ke Perak.. patah balik ke Pulau Pinang bernikah dengan tok kawan.. fuhhh.. panjang citer...
Jadi, darah yang mengalir dalam tubuh kawan.. darah minang sebelah wan, darah bugis sebelah aki, darah pattani sebelah tok dan tok wan...
Sebab dah panjang sangat.. kawan malas nak cerita lebih-lebih... hahaha...
Asal Mana?
Marah?
Kawan jarang marah sebab bila marah.. kawan kena marah dengan perasaan sayang bukan marah dengan perasaan benci. Perkara tersebut sukar dilakukan, jadi kawan jarang marah... (minda yang simple.. hahaha...) Jadi, cara yang mudah ialah sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Kawan selalu pesan kepada ghodong-ghodong... ingat, sentiasa bersangka baik. Biar orang bersangka buruk dengan kita, jangan kita bersangka buruk dengan orang lain....
Begitu juga dengan ghodong-ghodong di taman, kawan selalu berpesan.. Terutama bila di surau, ada budak-budak yang nakal dan dimarahi mereka. Kawan pesan, jangan marah dengan perasaan benci.. cuba marah dengan kasih sayang. Marah dengan benci tidak dapat mengubah sikap seseorang...Malah membuatkan orang benci kepada kita..
Semua orang ada perasaan marah... Dulu, kawan memang seorang yang panas baran dan agak ditakuti oleh ghodong-ghodong semasa zaman sekolah menengah. Tapi, bila usia semakin dewasa.. bila membaca buku-buku mengenai psikologi, mengenang sifat Rasulullah yang sentiasa sabar, kawan cuba belajar bersabar.
Bagi kawan, adalah satu kekarutan bila orang mengatakan sabar ada hadnya. Sabar mana ada had... jika sabar ada had, itu bukan sabar namanya.. itu sabariah.... hahahaha..(sorry, no offense pada orang nama sabariah)
Baru-baru ni, kawan ada marah seseorang dan dia cukup terasa hati... Kawan dah cuba minta maaf, tapi nampaknya gagal di situ.. Takpe.. cuba lagi dan lagi...
inbefore, Adam Sandler adalah seorang Yahudi...
Surau oh Surau....
Surau oh surau... Tak tau bagaimana nak luahkan...
Bila pelantikan AJK baru telah dibuat, kawan berharap kawan tidak akan diberikan sebarang tugas kerana kesibukan sebagai setiausaha KRT. Tapi, bila melihat banyak perkara masih tidak digerakkan.. kawan merasa sedikit terkilan.
Dulu, kawan dilantik sebagai Ketua Biro Dakwah. Yup, diakui kawan memang gagal dalam mentarbiah penduduk taman untuk mendekati surau. Dianggarkan 1000 orang penduduk, tetapi untuk mencapai 5% memakmurkan surau pun tak tercapai.. 5% sama dengan 50 orang.. Bila memikirkan perkara ini, terngiang-ngiang di kepala kata-kata seorang Yahudi yang berpengaruh (kawan lupa namanya).. "Yahudi tidak akan takut kepada umat Islam, melainkan jumlah jemaah solat subuh adalah seramai solat jumaat"....
Dan, bila melihat jumlah jemaah yang berkurangan.. kawan cukup malu.. Malu dengan warga Pakistan yang turut memakmurkan surau dan malu dengan Allah. Kawan pun bukanlah orang yang selalu pergi ke surau, ada kalanya bila kawan beruzlah dan bersuluk, lama... kawan tak ke surau.Dan bila ada rasa ujub dan riak, ataupun bila merasa semua orang salah hanya kawan yang betul.. kawan akan menjauhkan diri dari surau untuk menginsafi diri..
Bagi kawan, perkara yang penting dalam pengurusan surau adalah pengerusi, setiausaha dan biro dakwah. Sekiranya mereka ini bergerak menjalankan tugas, maka surau dapat dimakmurkan. Tetapi dalam AJK yang baru dilantik, hanya pengerusi sahaja yang kelihatan menjalankan tugas, manakala setiausaha awal-awal lagi dah mengatakan bahawa dia tidak mampu... Manakala biro dakwah, sampai sekarang kawan tak nampak batang hidungnya.
Kawan kesian dengan surau, tapi kawan tidak mampu untuk memikul tugas yang berganda.. Belum lagi kawan sebagai muazzin dan imam, bila muazzin dan imam yang dilantik tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Teringat kata-kata seorang jemaah, "ustaz ramai di taman ni, tapi berapa kerat je yang tunjuk muka."
Bila memikirkan perkara ni, niat kawan untuk pindah ke gemuruh dan memakmurkan surau di sana terbantut... Memang itulah niat kawan tahun ni, supaya surau gemuruh juga dapat dimakmurkan. Tapi... hmmmm.....
"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut". al-Insan ayat 10.
Komputer dan Kawan....
Ustaz... kenapa saya tak boleh print...
Ustaz... file ni tak boleh bukak la...
Ustaz... macam mana nak print ni?
Ustaz... kalo nak copy ni macam mana?
Ustaz... saya nak beli komputer, tolong cadangkan...
Ustaz... printer ni tak boleh print la...
Ustaz... kenapa monitor ni tetiba gelap?
Ustaz... kenapa komputer ni tak boleh bukak?
Ustaz... saya dah buat tadi, tetiba hilang...
Ustaz... internet tak boleh connect la...
Ustaz... apasal tak boleh connect wifi?
Ustaz... wifi ni keluar error la...
Ustaz... saya tak boleh nak save ni...
Ustaz... komputer saya tiba-tiba hang..
Ustaz.. macam mana nak set ni?
Ustaz.. dah on bluetooth, tapi tak boleh detect...
Ustaz.. bila nak format komputer kawan...
Ustaz.. kawan rasa hard disk kawan rosak la..
Ustaz.. powerpoint ni nak buat macam mana?
Ustaz.. kenapa dia keluar macam ni?
Ustaz.. macam mana nak buat emel?
Ustaz.. macam mana nak block wifi?
Ustaz...macam mana nak sharing printer?
Ustaz...tolong check pen drive kawan..
Ustaz...cuba tengok komputer ni kejap..
Ustaz...macam mana nak buat dia jadi gini?
Ustaz.. macam mana nak crop image?
Ustaz.. acer ok ke?
Ustaz...tolong install office...
Ustaz.. macam mana nak zip ni?
Ustaz...amender i7 te?
Ustaz.. Ustaz...Ustaz...Ustaz...
hahaha... life is wonderful... right?
Muamar dan Punk
Ghodong kawan dari kawan kecik lagi sehingga sekarang (mungkin...) Tua setahun dari kawan. Kawan pun tak sedar, dah berapa lama tak bercakap dengannya. Padahal dari kecik, te la ghodong kalo ke mana-mana. Seorang yang cerdik. Antara anak Felda yang mendapat 5A dalam UPSR dan dapat memasuki Asrama Semai Bakti Felda. Dari dia, kawan banyak mempelajari Bahasa Inggeris dan cara sebutan sebab dia banyak menegur kawan kalo kawan tersalah sebut.
Dia juga membawa kawan mengenali muzik Punk sampai habih nama-nama band kawan hafal termasuk lagunya sekali. 999, Adam and the Ants, GG Allin, Antiseen, The Skids, Ramones, The Queers, The Pagans, The Outcasts, Napalm Death, Fleas and Lice, Gorilla Biscuits dan lain-lain.. (Perghhh.. banyak giler)
Orangnya rendah.. dengan seluar boot cutnya. Kawan cuba tiru tapi jadik macam kumpulan Feminin dan digelak oleh ghodong-ghodong (cehhhhh....) Bila cuti penggal, kitorang akan bertukar-tukar kaset dan cerita. Sambil main catur di bawah pokok rambutan depan rumah kawan.. Kira kawan belajar catur, juga dari dia...
Tapi, bila semakin dewasa... kitorang semakin terpisah dan tiada lagi ruang untuk berbicara (bukan tiada, tapi malas mencari ruang) Lebih-lebih lagi, bila kawan dipostingkan ke Sarawak. Dia dengan hal dia, dan kawan dengan hal kawan.
Sungguh, walaupun rumahnya hanya selang sebuah rumah dari rumah kawan di kampung tetapi kawan lansung tidak menziarah atau bertanya khabar. Mungkin dia pun segan sebab ada sekali dia meminjam duit dari kawan dan lambat memulangkannya. Kawan pun tak tau, berapa orang dah anaknya. Last kawan jumpa pun masa dia berkahwin, kira-kira 5-6 tahun lepas.
Sebab tu, setiap pagi bila bersarapan pagi di kantin sekolah.. kawan akan melihat melalui tingkap kantin, gelagat murid-murid. Semalam bergaduh, hari ni bersahabat. Betapa mudah memaafkan.. Kalaulah kita yang dewasa ini juga begitu, kan mudah.... Cemburu melihat murid-murid ini kerana pada mereka, ada kenangan yang kita lupakan...
Mungkin, cuti ini.. kawan cuba merapatkan silaturrahim yang semakin renggang.... Inshaa Allah....
Photoshop dan kawan....
Photoshop... hmmm...
Rasanya sekarang seme orang tau photoshop. Atau bukan seme orang tahu.. hahaha... Terus terang kawan mempelajari photoshop sejak 1998. Skill kawan sekarang? still beginner... hahaha.... Mempelajari secara informal, bukan mendaftar atau memasuki mana-mana kelas khusus.
Sejak mengetahui (kawan prefer mengetahui dari mendalami) photoshop, kawan jarang bergambar atau mengambil gambar. Sebab seme boleh dilakukan oleh photoshop (ok, bukan seme)..
Contoh:
Gambar asal
Edit lagi
Ataupun dicuci sedikit...
Kredit to Cikgu KM kerana menjadi model photoshop kali ini. Gambar diambil dan diedit tanpa kebenaran tuan punya badan...
Jadi... beh kan ada photoshop.... hahahaha.....
Abang, adik dan Husna....
Anak-anak kawan 3 orang. Kawan sentiasa rasa bersalah kepada mereka kerana kawan tidak dapat mencurahkan sepenuh kasih sayang... Kerana perceraian menyebabkan kawan terpisah dengan abang dan adik. Kawan masih ingat ketika mereka masih kecil sekitar 2-3 tahun, setiap kali menangis, mereka akan menyebut ayah. Bukan mak seperti kebiasaan kita. Oleh kerana kawan bercerai dengan ibu abang dan adik, menyebabkan kasih sayang kepada Husna tidak diberikan sepenuhnya kerana kawan tidak dapat memberi kasih sayang kepada abang-abangnya....
Tapi kawan bersyukur, mereka adik beradik walaupun berlainan ibu tetap boleh bersenda gurau dan bermain bersama-sama. Mungkin kerana Husna yang sentiasa merindui abang-abangnya dan sentiasa menyebut nama abang-abangnya. Mungkin juga dengan sifat abang-abangnya yang sentiasa beralah dengan Husna.
Bila diperhatikan, setiap seorang dari mereka mewarisi sifat-sifat kawan yang berbagai-bagai. Contohnya abang, suka bermain games komputer dan meminati kereta. Masih kawan ingat, abang boleh menghafal sajak guru oh guru ketika hari konvo prasekolah dan mempersembahkan kepada tetamu yang hadir. Dia juga mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita, sama seperti kawan ketika di sekolah rendah.
Adik pula mewarisi sifat pendiam dan serius kawan. Jarang bercakap, hanya menjawab sepatah bila ditanya. Adik juga suka termenung dan berangan-angan. Abang dan adik baru-baru ni mendapat nombor 1 dalam peperiksaaan KAFA sekolah mereka. Manakala Husna pula suka membuat lawak. Rajin membaca dan malas menulis. Selalu diusik oleh ibunya kerana perangai seperti ayahnya.
Apa yang kawan banggakan, mereka mempunyai daya ingatan yang kuat. Sebab itu, kawan jarang berjanji dengan mereka kerana mereka akan menuntut janji kawan. Kawan jarang memberatkan soal pelajaran kerana kawan tahu jika mereka mempunyai daya ingatan yang kuat, mereka pasti berjaya dalam pelajaran.
Kawan jarang bercerita soal anak-anak kepada ghodong-ghodong... Kadang-kadang mereka yang lama mengenali kawan pun tidak tahu berapa orang anak kawan...Ianya bagaikan sembilu menghiris hati bila bercerita mengenai mereka. Semoga mereka sentiasa di bawah lindungan Allah untuk selama-lamanya. Kawan hanya boleh berdoa kesejahteraan mereka dunia dan akhirat setiap kali selepas solat.
Ada orang menyapu habuk pulak malam-malam ni... habis masuk mata.....
The Man Who Sold The World...
(originally by David Bowie)
We passed upon the stair
We spoke of was and when
Although I wasn't there
He said I was his friend
Which came as a surprise
I spoke into his eyes
I thought you died alone
A long long time ago
Oh no, not me
We never lost control
You're face to face
With the man who sold the world
I laughed and shook his hand
And made my way back home
I searched for form and land [Alt: I searched for foreign land]
For years and years I roamed
I gazed a gazeless stare
At all the millions here [Alt 1: We walked a million years]
[Alt 2: With multimillionaires]
[Alt 3: We walked a million hills]
I must have died alone [Alt: I must have died along]
A long, long time ago
Who knows?
Not me
I never lost control
You're face to face
With the man who sold the world
Who knows?
Not me
We never lost control
You're face to face
With the man who sold the world
Setiausaha KRT
Masa dipilih te, kawan masih lagi dalam cuti semester.. Tetapi sekarang bila sekolah sudah dibuka dan bermulanya semester baru, kawan rasa agak tertekan bila diberi jawatan setiausaha.
Tadi baru sahaja selesai menyiapkan jemputan mesyuarat untuk malam lusa. Rasanya kawan akan meletak jawatan seiring dengan mesyuarat kali pertama AJK KRT 2014-2015... hahaha...
Sibuk?
"Sekalian makhluk yang ada di bumi dan di langit sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Setiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)" : ar-Rahman ayat 29
Semelai
Semelai adalah salah satu daripada aborigin, atau Orang Asli, orang-orang tengah Malaya (Semenanjung Malaysia). Mereka bertutur Semelai, bahasa kepunyaan Keluarga Mon-Khmer, mungkin yang paling kuno di tanah besar Asia Tenggara. Semelai yang tinggal di sekitar tasik yang luas memanggil diri mereka Semaq Tasik, "Orang Tasik." Mereka telah lama menumpukan kehidupan mereka di sekitar Tasek Bera, sambil mengeluarkan hasil ladang, memburu dan mengumpul hasil hutan.1
Semelai ialah penduduk asli yang tinggal sepanjang sungai dan di sekeliling hutan Tasek Bera. Tidak banyak yang diketahui asal usul mereka. Bagaimanapun, pencarian arkeologi menunjukkan mereka telah tinggal di sini lebih dari 600 tahun. Lemah lembut dan bersopan ketika berbual dan penuh dengan perasaan humor, Orang Semelai adalah satu kaum yang menarik dan masih meneruskan pegangan warisan mereka di samping mengadaptasi kehidupan moden.
Pada masa lalu, Orang Semelai hidup sebagai pemburu dan mengumpul makanan dari pemburuan, memancing dan memerangkap haiwan di air dan darat di samping mengumpul hasil hutan seperti rotan, resin keruing dan tumbuhan-tumbuhan herba seperti Kacip Fatimah. Pada masa sekarang, aktiviti ini kurang dijalankan untuk menampung pendapatan mereka.
Menurut lagenda, Semelai ialah keturunan dari anak ketujuh Batin Paduka Alam, yang dipercayai seorang dewa. Kajian Ethnologi mengelaskan Semelai sebagai Melayu Proto. Bagaimanapun, yang menariknya bahasa mereka mempunyai banyak kesamaan fonologi termasuk perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa dengan bahasa Mon Khmer. Oleh itu, walaupun Semelai dan Melayu mempunyai kesamaan dari budaya dan fizikal, hubungan sejarah keduanya masih perlu dibuktikan.2
[1] Rosemary Gianno (n.d.). The Semelai of Tasek Bera | Exhibits : Yale Peabody Museum.Welcome to the Yale Peabody Museum. Retrieved March 14, 2013, from http://peabody.yale.edu/exhibits/semelai-tasek-bera
[2] Wetlands International (2003, November 15). Knowledge, Culture and Beliefs of Tasek Bera's Semelai People - Wild Asia. Wild Asia - Promoting Change. Inspiring People. Engaging Businesses. Retrieved March 14, 2013, from http://www.wildasia.org/main.cfm/library/Semelai_Tasek_Bera
Huzaifah Ibnu Yaman...
Salah seorang sahabat Nabi s.a.w yang kawan kagumi, Kisah mengenai Huzaifah tidak banyak diceritakan seperti Sahabat yang empat. Dari dulu kawan cuba mencari kisah Huzaifah setelah mendengar lagu D'Cromok..
Huzaifah seperti yang diceritakan oleh ghodong kawan, suka bermain-main ketika Rasulullah s.a.w mengajar tetapi dia merupakan orang yang digelar penyimpan rahsia nabi kerana hanya kepada dia sahaja Rasulullah menceritakan senarai orang-orang munafik.
Sesetengah riwayat ada menceritakan bahawa Huzaifah merupakan sahabat yang sangat bijak dan hidup dalam keadaan zuhud walaupun ketika dilantik menjadi Gabenor (maaf, kawan tak ingat di mana)
Malah diceritakan juga, bahawa Saidina Umar r.a hanya akan menyembahyangkan jenazah sekiranya Huzaifah turut menyembahyangkan jenazah tersebut.
Dia juga dianggap sebagai guru ahli sufi kerana pemerhatiannya terhadap perkara-perkara mengenai Islam yang lebih halus dan teliti. Jika para sahabat selalu bertanya tentang cara menambah amalan, dia bertanya tentang perkara yang merosakkan amalan tersebut.
Ucapan Huzaifah ketika meninggal dunia...
"Selamat datang wahai Maut, kekasih datang waktu rindu, hati bahagia, tiada keluh dan kesalku"
Lupa dan Ingat
Bayang malam yang kelam
aku masih di sini
Matahari layu singgah di pipi
aku tetap begitu dan begini
duduk berlunjur, menghisap rokok, menonton tv
anehnya..
aroma kelmarin masih dapat kuhidu
bayang semalam telah kulupai
menjenguk tirai kamar tak berisi
melihat luar yang sendat
teringat diri yang terlupa
rakan yang menghilang dan muncul
silih berganti kasih dan benci
roda hidup masih begitu
layu...
kusedut dan kuhembus mimpi dan angan
kupandang depan yang jelek
kujeling belakang yang tegar
kuingin lupai malam yang membencikan
kelmarin yang memualkan
ingatkan aku semalam yang hilang
mana tahu
terlupa apa yang ingin diingati
teringat apa yang ingin dilupai
tetap masih begitu.
Nota buku lali : Sajak yang kawan sendiri dah lupa bila tahun kawan buat.. Apa yang kawan ingat, masa ni kawan duduk di Buntut Pulau...
Alternative, Underground dan Kawan....
Bagi kawan yang membesar semasa era 90an dan memilih aliran muzik yang lain dari jalanan utama, sesuai dengan jiwa brutal kawan.. Muzik-muzik alternative ni memberikan kawan seakan tenaga dan ruang untuk membebaskan jiwa pemberontak seorang remaja...
Sampai sekarang pun, bila kawan rasa down... kawan still akan dengar aliran muzik sebegini dan still akan me'refresh' memory lama.. Mencari api dalam diri yang hilang, mencari semangat yang padam...
Contohnya macam Hootie and the Blowfish, lagu Time.. memang kawan minat giler dengan suara Hootie..
Begitu juga dengan Goo Goo Dolls... Name... lagu ni digubah ketika diorang berusia 14 tahun.. memang catchy giler...
Ataupun Burning Head.. band dari Perancis... Masa ni kawan beli kaset, (rasanya bebudak zaman sekarang tak kenal kaset te camne) kemudian kakak kawan yang bijaksana telah merekod lagu kegemarannya pada kaset te.. habih jahanam seme...
Ataupun band dari Malaysia.. kaset pertama kawan beli.. The Pilgrims...Video tak dapat disediakan, sapa nak dengar gi kat link : http://www.youtube.com/watch?v=JuF96id-tMM
Apa yang bestnya tentang Pilgrims ni, sebab mereka la kawan belajar Bahasa Inggeris dengan bersungguh-sungguh untuk memahami lirik-lirik mereka... Link kata atas te, lagu My Own Mind...
Sebenarnya ada banyak lagi band yang kawan suka.. antaranya Ugly Kid Joe, Nirvana, Fool's Garden, Sex Pistols (otai giler).. Band Malaysia seperti Carburator Dung, Cromok, Silkhannaz, Koffin Kanser dll... Perghhh.. Bestnya jadi bebudak... hahaha....
My Way
First time dengo lagu ni masa form 3 .. kira-kira 21 tahun yang lampau (fuhhh... lama giler)..bukan oleh Frank Sinatra tapi versi ubahsuai oleh Sex Pistols (kawan masa te minat ngan muzik punk).. Lagu ni kalo dilayan sekali sekala beh juga, tapi banyakkan la mendengo bacaan quran dari dengo lagu...
Saja teringat sebab pagi tadi kebetulan kawan membuka rahsia zaman remaja kawan kepada ghodong-ghodong...
And now, the end is near
And so I face the final curtain
My friend, I'll say it clear
I'll state my case, of which I'm certain
I've lived a life that's full
I traveled each and ev'ry highway
And more, much more than this, I did it my way
Regrets, I've had a few
But then again, too few to mention
I did what I had to do , I saw it through without exemption
I planned each charted course, each careful step along the highway
And more, much more than this, I did it my way
Yes, there were times, I'm sure you knew
When I bit off more than I could chew
And through it all, when there was doubt
I ate it up and spit it out
I faced it all and I stood tall and did it my way
I've loved, I've laughed and cried
I've had my fill, my share of losing
And now, as tears subside, I find it all so amusing
To think I did all that
And may I say, not in a shy way,
"Oh, no, oh, no, not me, I did it my way"
For what is a man, what has he got?
If not himself, then he has naught
The right to say the things he feels and not the words of one who kneels
The record shows I took the blows and did it my way!
lirik ni kekadang ada kena mengena dengan hidup kawan sebab regret.. sapa yang tak pernah ada? Bila dengo lagu ni, kekadang macam sesi muhasabah diri...
Masa Yang Berlalu....
Dah bertahun tak pernah kawan update blog... Tetiba oleh kerana satu peristiwa hari ni, kawan tergerak hati nak update... sebenonye dah banyak kali terpikir nak update. Tapi sebab hari ni, malas nak update driver windows laptop asus yang diorder ghodong, (sebenonye kawan tak jumpa cara nak install driver display amd hd8350m windows 7 32 bit.. te la kawan kabo, amik dell.. mudoh sket keje kawan sebab pakai intel display) update la blog...










