Powered by Blogger.
RSS

Muamar dan Punk

Muammar Gaddafi, ghodong dan juga jiran kawan di kampung. Yep, namanya sempena Presiden Libya yang mati dibunuh. Tapi ketika dia lahir, presiden tersebut masih lagi berkuasa. Stop bab nama, sebab kawan bukan nak cerita pasal nama.

Ghodong kawan dari kawan kecik lagi sehingga sekarang (mungkin...) Tua setahun dari kawan. Kawan pun tak sedar, dah berapa lama tak bercakap dengannya. Padahal dari kecik, te la ghodong kalo ke mana-mana. Seorang yang cerdik. Antara anak Felda yang mendapat 5A dalam UPSR dan dapat memasuki Asrama Semai Bakti Felda. Dari dia, kawan banyak mempelajari Bahasa Inggeris dan cara sebutan sebab dia banyak menegur kawan kalo kawan tersalah sebut.

Dia juga membawa kawan mengenali muzik Punk sampai habih nama-nama band kawan hafal termasuk lagunya sekali. 999, Adam and the Ants, GG Allin, Antiseen, The Skids, Ramones, The Queers, The Pagans, The Outcasts, Napalm Death, Fleas and Lice, Gorilla Biscuits dan lain-lain.. (Perghhh.. banyak giler)

Orangnya rendah.. dengan seluar boot cutnya. Kawan cuba tiru tapi jadik macam kumpulan Feminin dan digelak oleh ghodong-ghodong (cehhhhh....) Bila cuti penggal, kitorang akan bertukar-tukar kaset dan cerita. Sambil main catur di bawah pokok rambutan depan rumah kawan.. Kira kawan belajar catur, juga dari dia...

Tapi, bila semakin dewasa... kitorang semakin terpisah dan tiada lagi ruang untuk berbicara (bukan tiada, tapi malas mencari ruang) Lebih-lebih lagi, bila kawan dipostingkan ke Sarawak. Dia dengan hal dia, dan kawan dengan hal kawan.

Sungguh, walaupun rumahnya hanya selang sebuah rumah dari rumah kawan di kampung tetapi kawan lansung tidak menziarah atau bertanya khabar. Mungkin dia pun segan sebab ada sekali dia meminjam duit dari kawan dan lambat memulangkannya. Kawan pun tak tau, berapa orang dah anaknya. Last kawan jumpa pun masa dia berkahwin, kira-kira 5-6 tahun lepas.

Sebab tu, setiap pagi bila bersarapan pagi di kantin sekolah.. kawan akan melihat melalui tingkap kantin, gelagat murid-murid. Semalam bergaduh, hari ni bersahabat. Betapa mudah memaafkan.. Kalaulah kita yang dewasa ini juga begitu, kan mudah.... Cemburu melihat murid-murid ini kerana pada mereka, ada kenangan yang kita lupakan...

Mungkin, cuti ini.. kawan cuba merapatkan silaturrahim yang semakin renggang.... Inshaa Allah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment