sumber: http://marudutsihombing.files.wordpress.com/2010/11/ayah-anak2.jpg
Anak-anak kawan 3 orang. Kawan sentiasa rasa bersalah kepada mereka kerana kawan tidak dapat mencurahkan sepenuh kasih sayang... Kerana perceraian menyebabkan kawan terpisah dengan abang dan adik. Kawan masih ingat ketika mereka masih kecil sekitar 2-3 tahun, setiap kali menangis, mereka akan menyebut ayah. Bukan mak seperti kebiasaan kita. Oleh kerana kawan bercerai dengan ibu abang dan adik, menyebabkan kasih sayang kepada Husna tidak diberikan sepenuhnya kerana kawan tidak dapat memberi kasih sayang kepada abang-abangnya....
Tapi kawan bersyukur, mereka adik beradik walaupun berlainan ibu tetap boleh bersenda gurau dan bermain bersama-sama. Mungkin kerana Husna yang sentiasa merindui abang-abangnya dan sentiasa menyebut nama abang-abangnya. Mungkin juga dengan sifat abang-abangnya yang sentiasa beralah dengan Husna.
Bila diperhatikan, setiap seorang dari mereka mewarisi sifat-sifat kawan yang berbagai-bagai. Contohnya abang, suka bermain games komputer dan meminati kereta. Masih kawan ingat, abang boleh menghafal sajak guru oh guru ketika hari konvo prasekolah dan mempersembahkan kepada tetamu yang hadir. Dia juga mewakili sekolah dalam pertandingan bercerita, sama seperti kawan ketika di sekolah rendah.
Adik pula mewarisi sifat pendiam dan serius kawan. Jarang bercakap, hanya menjawab sepatah bila ditanya. Adik juga suka termenung dan berangan-angan. Abang dan adik baru-baru ni mendapat nombor 1 dalam peperiksaaan KAFA sekolah mereka. Manakala Husna pula suka membuat lawak. Rajin membaca dan malas menulis. Selalu diusik oleh ibunya kerana perangai seperti ayahnya.
Apa yang kawan banggakan, mereka mempunyai daya ingatan yang kuat. Sebab itu, kawan jarang berjanji dengan mereka kerana mereka akan menuntut janji kawan. Kawan jarang memberatkan soal pelajaran kerana kawan tahu jika mereka mempunyai daya ingatan yang kuat, mereka pasti berjaya dalam pelajaran.
Kawan jarang bercerita soal anak-anak kepada ghodong-ghodong... Kadang-kadang mereka yang lama mengenali kawan pun tidak tahu berapa orang anak kawan...Ianya bagaikan sembilu menghiris hati bila bercerita mengenai mereka. Semoga mereka sentiasa di bawah lindungan Allah untuk selama-lamanya. Kawan hanya boleh berdoa kesejahteraan mereka dunia dan akhirat setiap kali selepas solat.
Ada orang menyapu habuk pulak malam-malam ni... habis masuk mata.....







0 comments:
Post a Comment