Bagi kawan yang membesar semasa era 90an dan memilih aliran muzik yang lain dari jalanan utama, sesuai dengan jiwa brutal kawan.. Muzik-muzik alternative ni memberikan kawan seakan tenaga dan ruang untuk membebaskan jiwa pemberontak seorang remaja...
Sampai sekarang pun, bila kawan rasa down... kawan still akan dengar aliran muzik sebegini dan still akan me'refresh' memory lama.. Mencari api dalam diri yang hilang, mencari semangat yang padam...
Contohnya macam Hootie and the Blowfish, lagu Time.. memang kawan minat giler dengan suara Hootie..
Begitu juga dengan Goo Goo Dolls... Name... lagu ni digubah ketika diorang berusia 14 tahun.. memang catchy giler...
Ataupun Burning Head.. band dari Perancis... Masa ni kawan beli kaset, (rasanya bebudak zaman sekarang tak kenal kaset te camne) kemudian kakak kawan yang bijaksana telah merekod lagu kegemarannya pada kaset te.. habih jahanam seme...
Ataupun band dari Malaysia.. kaset pertama kawan beli.. The Pilgrims...Video tak dapat disediakan, sapa nak dengar gi kat link : http://www.youtube.com/watch?v=JuF96id-tMM
Apa yang bestnya tentang Pilgrims ni, sebab mereka la kawan belajar Bahasa Inggeris dengan bersungguh-sungguh untuk memahami lirik-lirik mereka... Link kata atas te, lagu My Own Mind...
Sebenarnya ada banyak lagi band yang kawan suka.. antaranya Ugly Kid Joe, Nirvana, Fool's Garden, Sex Pistols (otai giler).. Band Malaysia seperti Carburator Dung, Cromok, Silkhannaz, Koffin Kanser dll... Perghhh.. Bestnya jadi bebudak... hahaha....






0 comments:
Post a Comment