Powered by Blogger.
RSS
Showing posts with label melayu. Show all posts
Showing posts with label melayu. Show all posts

Monolog : Telapak Besi....

      Baru-baru ni, kawan belajo dari seorang kawan tentang satu ayat untuk orang lelaki... hehe... Dah dikabo ke kawan, jangan baca ke tempat lain... Oleh kerana kawan ni agak nakal dan selalu melawan tok guru, kawan baca ke tangan... Hah... boleh pekdah...

      Kawan sebenonya tidak ler percaya sangat ke ayat te.. sebab ingat pesan sorang guru kawan, 'ayat tidak membawa bekas'. Tapi bebaru ni, ada la sorang mintak ayat te ngan kawan. Kawan dengan lurusnya, teruslah tulis ayat te dan beri kepadanya... Dan akibatnya? Tangan kawan panas start dari kawan bagi ayat te sampai la sekarang...

      Tengah hari tadi, oleh kerana tak tahan sangat panas... Kawan tanya la pada seorang yang kawan tahu 'berisi' dan memiliki satu ilmu lama yang hanya dimiliki olehnya seorang di Pahang ni satu-satunya. Dia pun kabo ke kawan, ayat kalo diberi.. amalkan pada waktu terdesak sahaja, jangan sepanjang masa.

      Dah.. masa kawan terima ayat te.. dikabo oleh pemberi te, ayat ni mestilah diamal sehingga jadi darah daging, maksudnya sampai lidah dan hati kita sentiasa tergerak menyebut ayat te, barulah menjadi... Kawan jenis lurus campur nakal, memang dah terbiasa menyebut ayat te...

      Dikabo la oleh orang yang kawan bertanya te, dia kabo memang betul.. ayat yang kawan amal te dah jadi darah daging... dah masuk isim... dan gerak nafas kawan pun dah lain... Jadi, kawan tanya la.. dah gone gaya tangan kawan yang panas ni nak hilangkannya... Dia kabo, kalo boleh jangan guna tangan yang panas te... Kalo tak tahan, lepaskan kat pokok atau benda hidup lain.. Jangan lepas ke orang sebab masa kawan amik ayat te, kawan tak amik penawarnya... hahaha.. kan dah boleh pekdah...

      Sebelum jemahat tadi, tak tahan sangat... kawan pun tampor la pokok pinang depan bilik kawan kat sekolah te... Dua-dua pulak te..Kawan nak nengok Isnin ni.. idup lagi ke tidak pokok pinang te...  Lepas tampor te, ada la rasa lega sket... Masalahnya, dekat Isya' tadi.. tangan kawan start panas balik... Mintak ngan ghodong-ghodong, boleh ke tak kawan nampor sket...Mampus la ghodong nak bagi....

      Sebab te pesan orang..... ikut pesan guru, jangan memandai-mandai... kan dah boleh pekdah? Hahaha.....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Info : Keris Luk Tujuh Belas

      Dah lama kawan cuba mencari maklumat berkenaan keris Pahang ni.. Kawan cuma tahu dari lagu rakyat negeri Pahang, indung-indung.. Meh kita layan kejap...

sumber video : http://www.youtube.com/watch?v=DSqF9U3K9mU

Indung indung lagu indung
Indung indung

Anak dagang pergilah merantau
Membawa keris luk tujuh belas
Hai besilah dititik besilah dititik
Diasaplah kemenyan tunggal (tinggal)
Dibasuh air belimbing buluh

Indung indung lagu indung
Indung indung

Bisanya keris tidak terkira
Sebulan
Sebulan dagang mengalas lalu
Jejak ditikam mati juga

Setitik
Setitik darah jatuhlah ke laut
Setahun ikan tidak bermain

Indung indung lagu indung
Indung indung

Indung indung lagu indung
Indung indung 

Setitik
Setitik darah jatuhlah ke darat
Semusim padi tidak menjadi

Indung indung lagu indung
Indung indung

      Lagu ini diperkenalkan oleh Datuk Aripin Said, pakar sejarah Negeri Pahang. Adakah keris yang dimaksudkan itu simbolik ataupun keris tersebut memang wujud? Masih menjadi tanda tanya pada kawan. Pernah bertanya kepada orang-orang lama, katanya keris ini kepunyaan Maharaja Perba Jelai dan mungkin dalam pemilikan waris yang sah di Kuala Lipis.... 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Info : Raga Sukma / Astral Projection

      Satu ilmu Melayu yang kawan hanya tahu asasnya sahaja tapi tidak pernah mengamalkannya. Raga sukma atau juga dikenali astral projection merupakan satu cara membenarkan roh keluar dari jasad dalam keadaan kita sedar, bukan seperti tidur di mana kita tidak dapat mengawal perjalanan roh kita.

      Mengikut cerita, ilmu ini diamalkan oleh orang dulu-dulu yang bermusafir dan ingin melihat keadaan ahli keluarganya di rumah. Jadi, mereka mengamalkan raga sukma. Juga digunakan oleh ahli-ahli spritual untuk mengetahui sejarah mengenai sesuatu kerana dengan raga sukma, boleh kembali ke masa lampau.

      Apa yang kawan tahu, seseorang yang ingin mengamalkan raga sukma mestilah mempunyai pendinding diri yang kukuh dan mestilah dilakukan bersama rakan. Sebabnya? Ketika roh keluar dari badan, dikhuatiri ada unsur lain yang masuk ke dalam jasad ataupun roh yang keluar diculik oleh pihak-pihak tertentu yang tidak wujud di mata kasar.

      Tetapi, ada juga pihak yang mengatakan raga sukma ini bukan melepaskan roh. Ianya hanya melepaskan tenaga dalam bentuk diri kita sendiri dan membenarkannya mengembara ke mana sahaja yang dikehendaki.

      Ada banyak cara didedahkan di dalam internet, cuma search sahaja dan akan jumpa berbagai-bagai cara. Tapi, terus-terang kawan sendiri tidak berani mengamalkannya kerana khuatir atas sebab-sebab yang disebutkan di atas.

Bagaimana dengan anda? berminat? .... carilah guru yang sesuai.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ilmu Maritim Melayu

 sumber gambar : http://lokalgenius.blogspot.com/2010/07/teknologi-melayu-merempuh-badai.html

Mungkin tidak ramai di antara pembaca yang biasa mendengar tentang istilah-istilah maritim ini, namun ia sangat difahami oleh para pelaut Melayu terutama nelayan dan yang terlibat dalam rekreasi memancing.Istilah-istilah ini telah pun diperturunkan sejak ratusan tahun atau mungkin ribuan tahun lalu, dari generasi ke generasi hingga ke hari ini.

Ia adalah penandaan kriteria-kriteria laut yang sangat berguna dan sangat difahami oleh pelaut atau nelayan Melayu dalam menjalankan aktiviti gerak kerja mereka.

Ilmu maritim Melayu ini menghuraikan secara terperinci tentang kriteria-kriteria air laut mengikut pecahan musim yang di namakan musim-musim edaran air laut. Dalam sebulan (30 hari mengikut sistem kalendar Hijrah) ,sifat air laut ini terpecah kepada 10 musim edaran (setiap musim edaran meliputi 3 hari). 10 musim edaran ini pula terpecah kepada 2 pusingan, iaitu pusingan pertama - dari 1 hb hingga 15 hb Hijrah. Pusingan ke dua pula bermula dari 16 hb hingga 30 hb Hijrah.

Pusingan Pertama
1. Air Pasang Besar Peringkat 1 (1,2 dan 3 hb).
2. Air Menyorong Kecil (4,5 dan 6 hb ).
3. Air Pasang Mati (7,8 da9 hb).
4. Air Menyorong Besar (10, 11 dan 12 hb).
5. Air Pasang Besar peringkat 2 (13,13 dan 15 hb).

Pusingan ke Dua
6. Air Pasang Besar Peringkat 1 ( 16,17 dan 18 hb).
7. Air Menyorong Kecil (19, 20 dan 21 hb).
8. Air Pasang Mati (22, 23 dan 24 hb).
9. Air Menyorong Besar (25, 26 dan 27 hb).
10. Air Pasang Besar Peringkat 2 (28, 29 dan 30 hb).

Kriteria-kriteria mengikut musim edaran

Air Pasang Besar Peringkat 1 dan 2.
-Paras timpas (minima) yang sangat rendah ketika surut.
-Paras maksima sangat tinggi waktu penuh.
-Pergerakan arus yang sangat laju ketika air pasang.

Air Menyorong Kecil dan Air Menyorong Besar.
-Paras timpas dengan kedalaman sederhana (lebih tinggi sedikit dari musim air pasang besar).
-Paras maksima dengan ketinggian sederhana pada waktu penuh (kurang dari paras penuh waktu musim air pasang besar).
-Arus bergerak dengan kelajuan sederhana.

Air Pasang Mati.
-Paras timpas agak tinggi berbanding musim edaran sebelumnya.
-Paras maksima yang agak rendah waktu penuh.
-Arus bergerak dengan kelajuan sangat perlahan.

Untuk pengetahuan ,semua musim-musim ini berkaitan secara langsung dengan kedudukan bulan sepanjang bulan mengelilingi bumi di laluan orbitnya.

Begitulah hebatnya ilmu astronomi bangsa Melayu terdahulu.

sumber : Mohd Salleh Mazukhi via Carigold

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS