Powered by Blogger.
RSS
Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Info : HTML

      Post untuk mengingatkan diri kawan sendiri tentang bahasa html (hypertext markup language). Mula belajar pada tahun 1997. Bahasa asas pengaturcaraan laman web.

Basic coding :
<html> buka
</html> tutup

Beginner coding :
<html> buka</html>
<head> tempat rujukan javascript, css etc...
<title> tajuk website di menubar</p>
</title> tutup title
</head> tutup head
<body> apa yang hendak dipaparkan</body>
</html> tutup

<h1> heading </h1>
#ffffff kaler putih
#000000 kaler hitam

<center> tengah </center>

<font type=""> jenis font</font>
<font size-=""> saiz font</font>

<b> bold </b>
<i> italic </i>
<u> underline </u>

&nbsp; space
<br> line break
<p> perenggan
<hr> horizontal line

<table> kotak/table
<tr> table row
<td> tulis di sini...
</td>
</tr>tutup table row
</table>tutup table...

list...
<ul> mula
<li> tulis di sini</li>
</ul> tutup list (kalo nombor, tukarkan ul kepada ol)

link
<a href="*.html"> tulis di sini </a>

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Info : Keris Luk Tujuh Belas

      Dah lama kawan cuba mencari maklumat berkenaan keris Pahang ni.. Kawan cuma tahu dari lagu rakyat negeri Pahang, indung-indung.. Meh kita layan kejap...

sumber video : http://www.youtube.com/watch?v=DSqF9U3K9mU

Indung indung lagu indung
Indung indung

Anak dagang pergilah merantau
Membawa keris luk tujuh belas
Hai besilah dititik besilah dititik
Diasaplah kemenyan tunggal (tinggal)
Dibasuh air belimbing buluh

Indung indung lagu indung
Indung indung

Bisanya keris tidak terkira
Sebulan
Sebulan dagang mengalas lalu
Jejak ditikam mati juga

Setitik
Setitik darah jatuhlah ke laut
Setahun ikan tidak bermain

Indung indung lagu indung
Indung indung

Indung indung lagu indung
Indung indung 

Setitik
Setitik darah jatuhlah ke darat
Semusim padi tidak menjadi

Indung indung lagu indung
Indung indung

      Lagu ini diperkenalkan oleh Datuk Aripin Said, pakar sejarah Negeri Pahang. Adakah keris yang dimaksudkan itu simbolik ataupun keris tersebut memang wujud? Masih menjadi tanda tanya pada kawan. Pernah bertanya kepada orang-orang lama, katanya keris ini kepunyaan Maharaja Perba Jelai dan mungkin dalam pemilikan waris yang sah di Kuala Lipis.... 

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Info : Raga Sukma / Astral Projection

      Satu ilmu Melayu yang kawan hanya tahu asasnya sahaja tapi tidak pernah mengamalkannya. Raga sukma atau juga dikenali astral projection merupakan satu cara membenarkan roh keluar dari jasad dalam keadaan kita sedar, bukan seperti tidur di mana kita tidak dapat mengawal perjalanan roh kita.

      Mengikut cerita, ilmu ini diamalkan oleh orang dulu-dulu yang bermusafir dan ingin melihat keadaan ahli keluarganya di rumah. Jadi, mereka mengamalkan raga sukma. Juga digunakan oleh ahli-ahli spritual untuk mengetahui sejarah mengenai sesuatu kerana dengan raga sukma, boleh kembali ke masa lampau.

      Apa yang kawan tahu, seseorang yang ingin mengamalkan raga sukma mestilah mempunyai pendinding diri yang kukuh dan mestilah dilakukan bersama rakan. Sebabnya? Ketika roh keluar dari badan, dikhuatiri ada unsur lain yang masuk ke dalam jasad ataupun roh yang keluar diculik oleh pihak-pihak tertentu yang tidak wujud di mata kasar.

      Tetapi, ada juga pihak yang mengatakan raga sukma ini bukan melepaskan roh. Ianya hanya melepaskan tenaga dalam bentuk diri kita sendiri dan membenarkannya mengembara ke mana sahaja yang dikehendaki.

      Ada banyak cara didedahkan di dalam internet, cuma search sahaja dan akan jumpa berbagai-bagai cara. Tapi, terus-terang kawan sendiri tidak berani mengamalkannya kerana khuatir atas sebab-sebab yang disebutkan di atas.

Bagaimana dengan anda? berminat? .... carilah guru yang sesuai.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Tokoh : Nikola Tesla, Genius Yang Dilupakan

Tesla, di usia 37 tahun, 1893, gambar oleh Napoleon Sarony
sumber gambar : http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/7/79/Tesla_circa_1890.jpeg/220px-Tesla_circa_1890.jpeg

      Rasanya kawan baru je tahu pasal Nikola Tesla ni dalam beberapa tahun kebelakangan. Sebelum ni mati-mati la kawan ingat Edison inventor yang cerdik dan Marconi pereka wireless... ceh.. rupa-rupanya seme hasil kerja Nikola Tesla...

      Nikola Tesla (10 Julai 1856 - 7 Januari 1943), Serbian American seorang pereka, jurutera elektrik, jurutera mekanikal, ahli fizik dan futuris yang dikenali dengan sumbangannya terhadap sistem bekalan elektrik alternating current (AC). Tesla mendapat pengalaman dalam telefoni dan kejuruteraan elektrik sebelum berpindah ke Amerika pada 1884  untuk bekerja dengan Thomas Edison. Dia kemudiannya membuka syarikat sendiri dengan sokongan kewangan, mendirikan makmal dan syarikat yang membangunkan peralatan elektrik. Motor induksi AC dan transformer yang dipatenkannya di bawah lesen George Westinghouse, juga bertanggungjawab mengupah Tesla sebagai konsultan untuk membangunkan janakuasa menggunakan alternating current. Tesla dikenali juga dengan ujikaji arus tinggi dan frekuensi tinggi di New York dan Colorado Spring di mana peralatan yang dipatenkan dan teori kerjanya berkaitan rekaan radio komunikasi, eksperimen x-raynya dan kegagalan percubaannya dalam transmisi tanpa wayar di dalam projek Menara Wardenclyffe yang tidak siap.

      Pencapaian dan kebolehan Tesla dalam menghasilkan rekaan baru menyebabkan dia menjadi terkenal di mata dunia. Walaupun dia memperoleh sejumlah wang yang banyak dari paten-patennya, dia menggunakannya untuk pelbagai ujikaji. Dia tinggal di hotel untuk kebanyakkan hidupnya walaupun jatuh bankrup dan memaksa dia hidup dalam keadaan melarat. Tesla terus menjemput wartawan ke parti yang diadakan sempena hari lahirnya untuk mengumumkan rekaan barunya. Oleh kerana cara dia bekerja tahun demi tahun, menyebabkan dia digelar saintis gila.

      Hasil kerja Tesla disembunyikan selepas kematiannya, tetapi sejak 1990an, reputasinya telah mengalami kemunculan semula. Hasil kerjanya dan rekaannya menjadi sumber bagi teori konspirasi dan digunakan untuk menyokong pelbagi pseudo sains, teori UFO dan okultisme New Age. Pada 1960, sebagai menghormati Tesla, Persidangan Utama Berat dan Ukuran Untuk Sistem Unit Antarabangsa telah mendedikasikan terma 'tesla' bagi unit ukuran SI untuk kekuatan medan magnetik. (Wikipedia)

      Entah betul ke tak terjemahan kat atas... hahahaha.... Ada banyak lagi nak cerita pasal Tesla... lain kali ada masa kawan update..

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Info : Perang Krimea

      Bila kawan membaca sesuatu dan terjumpa dengan perkara baru, kawan memang suka mengambil tahu serba sedikit mengenainya. Contoh, bila membaca mengenai Leo Tolstoy yang menulis selepas Perang Krimea. First time dengo.. jadi kawan post la kat sini...

Lukisan Franz Roubaud: Pengepungan Sevastopol (1904)
sumber gambar : http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/31/Malakhov1.jpg/300px-Malakhov1.jpg

      Perang Krimea (1853-1856) adalah peperangan yang terjadi di antara Kerajaan Rusia menentang tentera sekutu terdiri daripada Perancis, British, Kerajaan Sardinia dan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Kebanyakan konflik berlaku di semenanjung Krimea, peperangan lain berlaku di barat Turki dan laut Baltik. Perang Krimea dianggap sebagai peperangan moden pertama yang mempengaruhi peperangan selepasnya.

      Perang Krimea dikenali dengan nama yang berbeza-beza. Di Rusia, ianya dikenali sebagai Perang Oriental, manakala British menggelarnya Perang Rusia. Perang Krimea terkenal kerana kesalahan logistik dan taktik pada kedua belah pihak. Namun, ianya dianggap perang moden pertama kerana memperkenalkan perubahan teknik yang mempengaruhi peperangan selepasnya termasuklah taktik penggunaan keretapi dan telegraf. Malah, Florence Nightingale juga terkenal dalam peperangan ini kerana mempelopori kaedah perawatan moden dalam mengubati askar British yang tercedera. Perang ini juga merupakan perang yang pertama kali didokumentasikan dalam bentuk gambar.

      Punca peperangan ini terjadi kerana Napoleon III telah menghantar dutanya ke Kerajaan Turki Uthmaniyah dan memaksa Turki mengiktiraf Perancis sebagai Penguasa Berdaulat di Palestin. Rusia membantah keputusan tersebut kerana dua perjanjian sebelumnya pada tahun 1757 dan 1774, Kerajaan Turki Uthmaniyah telah mengiktiraf Rusia sebagai pelindung Kristian Ortodoks di Palestin.

      Napoleon III berkeras dengan menunjukkan kekuatan tenteranya dengan menghantar kapal armada Charlemagne ke Laut Hitam, yang merupakan pelanggaran terhadap Konvensyen Selat London. Sultan Abdulmecid I terpaksa tunduk dengan tekanan dan mengiktiraf Perancis dan Gereja Katolik Rom sebagai penguasa dan pelindung tempat suci Kristian yang sebelumnya dikuasai oleh Gereja Ortodoks Yunani.

      Tsar Nicholas I kemudiannya menghantar angkatan perangnya di sepanjang Sungai Danube dan menugaskan Count Karl Nesselrode, menteri luar negeri untuk membicarakan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Nesselrode mengutarakan perkara tersebut kepada Sir George Hamilton Seymour, Duta Besar Inggris di St Petersburg.

      Sebagai jawapan, Kerajaan Turki Uthmaniyah mengisytiharkan perang. British dan Perancis turut mengerahkan askar mereka. Pertempuran yang dahsyat sekitar Laut Hitam membuktikan kelemahan Rusia kerana dua pertiga tenteranya mati dalam peperangan. Setelah terlepasnya Sevastopol, Rusia terpaksa tunduk menerima jalan perdamaian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Generasi Indigo

Adakah anda merasa tiada siapa pun memahami anda?
Adakah anda merasa anda sangat berbeza dari orang lain?
Adakah anda merasa anda dilahirkan di zaman yang salah dan tidak sesuai untuk diri anda?
Adakah anda merasa idea anda terlalu jauh dan abstrak untuk difahami sesiapa?

Adakah anda susah untuk mengikuti peraturan yang ditetapkan?
Adakan anda suka melakukan sesuatu mengikut cara anda sendiri?
Adakah anda selalu memikirkan cara yang lebih baik untuk melakukan sesuatu?
Adakah anda sering dilabel pemberontak/rebellious?
Adakah anda merasa anda dilahirkan untuk melakukan satu misi khusus?

Adakah anda sangat sensitif kepada perkara yang berlaku di sekeliling anda?
Adakah anda mempunyai minda yang suka menerawang dan susah fokus pada sesuatu?
Adakah anda mencintai kebebasan dan tidak suka diikat oleh sesiapa atau sesuatu?

Adakah anda tidak suka bertaklid membabi buta?
Adakah anda suka mencabar pemikiran sendiri?
Adakah anda tidak suka terikat kepada tradisi dan kebiasaan?
Adakah anda tak kenal erti takut?
Adakah anda lebih banyak menggunakan rasional berbanding hati?

Adakah anda pernah mengalami Deja-Vu?
Adakah anda pernah bermimpi dan perkara tersebut terjadi?
Adakah anda dapat merasakan apa yang dirasai oleh orang lain walaupun anda tidak mengenalinya?
Adakah anda bermimpi warna (vivid dream), bukan hitam putih seperti kebanyakan?

Paling penting, adakah anda mementingkan keadilan dan kebenaran lebih dari segalanya?

     Jika anda menjawab ya kepada semua semua soalan di atas atau kebanyakkannya.. maka tahniah.. wokme adalah indigo wei....

     Terma ini dimulakan oleh seorang psikik dan kaunselor bernama Nancy Ann Tappe dalam bukunya yang bertajuk Understanding Your Life Through Color (1982), di mana Nancy mengklasifikasikan personaliti manusia berdasarkan kepada warna aura mereka. Pada hari ini, Nancy menganggarkan bahawa 60% mereka yang berusia 14 hingga 25 dan 97% dari kanak-kanak yang berusia di bawah 10 tahun adalah indigo. (artikel ini telah lama ditulis, mereka yang lahir tahun 1978 dan ke atas....)

     Semenjak tahun 2000, dunia telah menyaksikan kelahiran kanak-kanak yang rata-ratanya bermata besar dan seakan berkaca (crystal-like), di mana kanak-kanak ini telah mendemonstrasikan kriteria yang sebahagiannya ada dinyatakan dalam soalan-soalan di atas. Sesetengah mereka mempunyai memori yang sangat kuat, sehinggakan ada di antara mereka yang kononnya pernah mengaku telah lahir sebelum ini, dan sangat bijak menjawab soalan. Seolah-olah mereka pernah lahir pada zaman yang mereka sebutkan itu. Mereka mempunyai kuasa psikik, di mana mereka mampu melihat masa lalu dan masa depan kerana terbukanya cakra mata ketiga mereka. Mereka juga mempunyai intuisi dan imaginasi yang kuat, selain memiliki kemampuan spiritual yang tinggi.

     Selain dari itu, kanak-kanak Indigo secara naturalnya sangat cenderung kepada perkara berbaur misteri, spiritual, paranormal dan occults, dan seringkali adalah mereka yg cenderung untuk berfikir 'outside the box', tidak suka bertaklid kepada sistem lama/tradisi, lebih gemar memperbaharui cara untuk melakukan sesuatu sehingga kadang-kadang mereka dilabel sebagai 'rebellious' atau 'system busters'. Indigo dikatakan juga memiliki wisdom dan level kesedaran jauh lebih advance dari usia mereka sendiri.

     Tidak mustahil, kita akan dapat melihat manusia yang memiliki super power seperti dalam siri The X-Men. Kanak-kanak Indigo ini memiliki keistimewaan yang selama ini tidak terdapat dalam kalangan orang biasa. Mereka dikatakan memiliki kuasa paranormal, antaranya mampu membaca minda, selain mempunyai rasa empati dan daya kreativiti yang tinggi. Namun demikian, Indigo ini juga seringkali didiagnosiskan mengalami antaranya Attention Deficit Hyperactive Disorder (ADHD), Attention Deficit Disorder (ADD) dan Obsessive-Compulsive Disorder (OCD).

Sumber :  Cari

Nota buku lali : am i an indigo? yup....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Cemburu...

Dalam hidup ini.. siapa yang tiada perasaan cemburu? Sebab itu, bila di syurga kelak, Allah akan menghapuskan perasaan cemburu ini di dalam hati penghuni syurga....

"Tidak ada hasad (cemburu) yang dibenarkan kecuali terhadap dua orang; iaitu kepada orang yang Allah berikan harta, dia menghabiskannya pada jalan kebaikan, dan kepada orang yang diberikan ilmu dan dia beramal dengan ilmu tersebut dan mengajarkannya pula kepada manusia siang dan malam." (HR Muslim)

Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu seseorang yang telah dikurniakan Allah SWT harta lalu dibelanjakan hartanya itu ke jalan yang benar (yang diredai oleh Allah SWT) dan orang yang dikurniakan oleh Allah SWT ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan hadis) serta diajarkannya pula kepada orang lain.” (HR al-Bukhari) 

Sesungguhnya sifat cemburu itu ada yang disukai Allah dan ada yang dibenci Allah. Dan di antara buruk sangka itu pun ada yang disukai Allah dan ada yang dibencinya. Cemburu yang disukai Allah ialah perasaan cemburu terhadap masalah yang patut dicurigai. Cemburu yang dibenci Allah ialah cemburu terhadap sesuatu yang tidak patut diragui. Buruk sangka yang disukai Allah ialah buruk sangka terhadap dirinya ketika dalam pertempuran. Buruk sangka yang tidak disukai Allah ialah buruk sangka yang bersarang dalam jiwa seseorang." (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Nasaei)

"Sesungguhnya Allah cemburu, orang beriman cemburu, dan cemburuNya Allah jika seorang Mu'min melakukan apa yang Allah haramkan atasnya" (HR Imam Ahmad, al-Bukhari dan Muslim).

Kawan memang jeles dengan orang yang banyak ilmunya dan mengajarkan kepada orang lain, sebab te kawan berusaha sedaya upaya untuk mempelajari semua perkara yang termampu otak menampungnya...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Buku : We Are Not The First - Andrew Tomas

Antara buku kegemaran kawan. Tak tahu berapa kali dah kawan mengkhatamkannya. Ditulis pada 1971 dan diterbitkan pada 1972. Pada sesiapa yang berminat dengan pengetahuan purba yang menghairankan bolehlah cuba mencari dan membacanya. (search ebook...)

Antara isi kandungan :
  1. Aborigin Australia telah lama mengamalkan pemindahan darah sebelum zaman prasejarah lagi sedangkan perkara ini masih baru mengikut perubatan barat.
  2. Buku Hindu purba di dalam 230 stanza menceritakan secara terperinci mengenai pembuatan kapal terbang, berzaman sebelum Wright bersaudara.
  3. Robot dan komputer merupakan realiti berabad sebelum Norbert Wiener. Penduduk awal England menggunakan komputer dari batu - Stonehenge, untuk meramal gerhana bulan dan matahari.
  4. Teori atom, relativiti dan evolusi telah diketahui oleh orang-orang dahulu. Semuanya beratus tahun sebelum masihi.
  5. Maharaja Rom, Diocletian telah mengeluarkan satu perintah di Mesir sekitar 300 masihi untuk membakar buku buku berkaitan pembuatan emas dan perak.
Jadi, sesiapa yang berminat dengan sains purba.. bolehlah cuba mencarinya untuk menambahkan pengetahuan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Ilmu Maritim Melayu

 sumber gambar : http://lokalgenius.blogspot.com/2010/07/teknologi-melayu-merempuh-badai.html

Mungkin tidak ramai di antara pembaca yang biasa mendengar tentang istilah-istilah maritim ini, namun ia sangat difahami oleh para pelaut Melayu terutama nelayan dan yang terlibat dalam rekreasi memancing.Istilah-istilah ini telah pun diperturunkan sejak ratusan tahun atau mungkin ribuan tahun lalu, dari generasi ke generasi hingga ke hari ini.

Ia adalah penandaan kriteria-kriteria laut yang sangat berguna dan sangat difahami oleh pelaut atau nelayan Melayu dalam menjalankan aktiviti gerak kerja mereka.

Ilmu maritim Melayu ini menghuraikan secara terperinci tentang kriteria-kriteria air laut mengikut pecahan musim yang di namakan musim-musim edaran air laut. Dalam sebulan (30 hari mengikut sistem kalendar Hijrah) ,sifat air laut ini terpecah kepada 10 musim edaran (setiap musim edaran meliputi 3 hari). 10 musim edaran ini pula terpecah kepada 2 pusingan, iaitu pusingan pertama - dari 1 hb hingga 15 hb Hijrah. Pusingan ke dua pula bermula dari 16 hb hingga 30 hb Hijrah.

Pusingan Pertama
1. Air Pasang Besar Peringkat 1 (1,2 dan 3 hb).
2. Air Menyorong Kecil (4,5 dan 6 hb ).
3. Air Pasang Mati (7,8 da9 hb).
4. Air Menyorong Besar (10, 11 dan 12 hb).
5. Air Pasang Besar peringkat 2 (13,13 dan 15 hb).

Pusingan ke Dua
6. Air Pasang Besar Peringkat 1 ( 16,17 dan 18 hb).
7. Air Menyorong Kecil (19, 20 dan 21 hb).
8. Air Pasang Mati (22, 23 dan 24 hb).
9. Air Menyorong Besar (25, 26 dan 27 hb).
10. Air Pasang Besar Peringkat 2 (28, 29 dan 30 hb).

Kriteria-kriteria mengikut musim edaran

Air Pasang Besar Peringkat 1 dan 2.
-Paras timpas (minima) yang sangat rendah ketika surut.
-Paras maksima sangat tinggi waktu penuh.
-Pergerakan arus yang sangat laju ketika air pasang.

Air Menyorong Kecil dan Air Menyorong Besar.
-Paras timpas dengan kedalaman sederhana (lebih tinggi sedikit dari musim air pasang besar).
-Paras maksima dengan ketinggian sederhana pada waktu penuh (kurang dari paras penuh waktu musim air pasang besar).
-Arus bergerak dengan kelajuan sederhana.

Air Pasang Mati.
-Paras timpas agak tinggi berbanding musim edaran sebelumnya.
-Paras maksima yang agak rendah waktu penuh.
-Arus bergerak dengan kelajuan sangat perlahan.

Untuk pengetahuan ,semua musim-musim ini berkaitan secara langsung dengan kedudukan bulan sepanjang bulan mengelilingi bumi di laluan orbitnya.

Begitulah hebatnya ilmu astronomi bangsa Melayu terdahulu.

sumber : Mohd Salleh Mazukhi via Carigold

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Iqra'


Ketika Al-Quran diturunkan kali pertama, wahyu yang diturunkan kepada Rasulullah s.aw. ialah Surah Al-Alaq ayat 1-5. Ayat ini menerangkan kepentingan menuntut ilmu / mempunyai pengetahuan. Tetapi ramai ummat Islam ketika ini tidak memahami secara mendalam mengapa Allah menurunkan wahyu pertama ini. Disebabkan kelemahan kita yang alpa dan leka menyebabkan kita sebagai ummat Islam tersingkir dari arus antarabangsa dan digelar ummat yang jumud. Bangkitlah wahai ummat, carilah ilmu pengetahuan!


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Penomboran Automatik di dalam MS Excel

Aku nak cerita sikit bagaimana kita nak buat nombor keluar secara automatik bila kita menaip di dalam excel.

Katakanlah seperti contoh di bawah :



Jadi bagaimana kita nak pastikan bilangan, setiap kali kita menaip nama, nombor bilangan di sebelahnya akan muncul secara automatik.

Mudah sahaja, klik pada petak A2, kemudian taip :
=IF(B2<>"",COUNTA($B$2:B2)&".","")

B2 bermaksud jika ada sesuatu yang kita taip di dalam B2, akan muncul nombor secara automatik di dalam sel A2. Apa yang kita perlu buat ialah drag sel A2 sehinggalah ke sel yang kita ingini.


Jadi, setiap kali kita menaip di dalam sel B, nombor akan muncul secara automatik di dalam sel A.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Troubleshooting PC


Ralat dan cadangan penyelesaian

Aku bukanlah orang yang pakar mengenai komputer cuma nak berkongsi pengetahuan tentang ralat dan cara penyelesaian komputer sahaja.

1.Bunyi beep yang panjang diikuti dua bunyi beep yang pendek
  • Kad grafik rosak
  • Setting motherboard yang tidak betul
  • Keluarkan kad grafik dari slot dan pasang semula dengan sempurna
  • Setting semula CMOS
  • Tambahkan kad grafik atau tukar motherboard anda sekiranya ia menggunakan built-in VGA.
2.Dua bunyi beep pendek yang berulang-ulang
  • Slot RAM longgar
  • RAM module tidak berfungsi
  • Gabungan RAM module yang berlainan model dan kelajuan
  • Keluarkan RAM dari slot dan pasang semula dengan sempurna
  • Bersihkan tapak plat RAM menggunakan kain yang kering dan bersih.
  • Pastikan tapak plat RAM tidak berhabuk, berminyak atau ada kesan terbakar
  • Pastikan kelajuan RAM yang digunakan bersesuaian dengan motherboard.
  • Tukar RAM module.
3.Tarikh dan jam yang celaru.
  • Mesej Press F1 to continue or F2 to enter setup
  • Internal battery lemah
  • Chip CMOS rosak
  • Ganti dengan bateri yang baru. Biasanya model CR2032
  • Tukar chip CMOS atau lakukan proses flash ke atasnya.
  • Tukar motherboard.
4.Mesej Non system disk atau Disk error,replace and strike any key when ready
  • Terdapat disket dalam pemacu A:
  • Sistem pengoperasian pada cakera keras hilang
  • Trak 0 pada cakera keras rosak
  • Pastikan tidak ada disket dalam pemacu A:
  • Pastikan setting CMOS betul atau gunakan default value (Load setup default)
  • Format semula cakera keras
  • Ganti cakera yang rosak dengan cakera yang baru
5.Mesej Disk write error
  • Terdapat bad sector pada cakera keras atau disket
  • Partition table rosak
  • Lakukan proses low level format ke atas cakera yang berkenaan
  • Bina semula partition table yang baru menggunakan arahan fdisk
  • Ganti cakera yang rosak dengan cakera yang baru
6.Mesej General failure reading drive x, Drive not ready, Invalid drive specification
  • Cakera tidak diformat
  • Kapasiti format yang tidak sesuai dengan pemacu cakera
  • Cakera rosak
  • Format cakera yang berkenaan
  • Ganti cakera yang rosak dengan cakera yang baru
7.Mesej insufficient memory
  • RAM tidak mencukupi
  • Terlalu banyak aplikasi yang sedang dibuka (multi-tasking)
  • Pengurusan memori yang tidak betul
  • Tutup aplikasi yang tidak digunakan
  • Urus semula pembahagian memori menggunakan aplikasi pengurusan memori
  • Tambahkan RAM module
8.Sistem tidak memberikan sebarang tindak balas (tiada paparan atau bunyi beep kedengaran)
  • Processor tidak berfungsi
  • CMOS rosak
  • Litar power supply rosak
  • Motherboard rosak
  • Ganti perkakasan yang terlibat dengan perkakasan baru
9.Sistem selalu hang semasa digunakan
  • Sistem hang apabila mula log ke Windows
  • Sistem reboot apabila mula masuk atau keluar daripada Windows
  • Setting CPU clock speed terlalu laju/tidak tepat
  • Suhu processor terlalu panas (over heated)
  • Processor rosak
  • RAM module rosak
  • Motherboard rosak
  • Litar power supply rosak
  • Sector 0 cakera keras rosak
  • Set semula CPU clock speed dalam CMOS
  • Pastikan kipas processor berfungsi dengan baik
  • Pastikan model dan kelajuan RAM sesuai dengan motherboard
  • Lakukan proses low level format cakera keras
  • Ganti perkakasan yang terlibat dengan perkakasan baru.
10.Windows selalu dimulakan dengan Safe Mode
  • Proses shutdown tidak sempurna
  • Terdapat device driver yang tidak berfungsi.
  • Terdapat perkakasan yang tidak berfungsi dengan baik.
  • Shutdown komputer anda dengan betul.
  • Update device driver yang berkenaan.
  • Keluarkan kad-kad yang berkenaan dari slot, bersihkannya dan pasang semula.
  • Tukar slot sekiranya masih ada slot yang kosong.
  • Ganti perkakasan yang terlibat dengan perkakasan baru.
11.Paparan ‘berlari-lari’ atau seperti situasi hujan lebat
  • Resolusi melebihi had jangkauan monitor
  • Ubah resolusi kepada nilai yang lebih kecil contohnya 800 x 600
12.Paparan dalam bentuk titik-titik, berkotak-kotak atau simbol yang tidak difahami
    • Color depth melebihi had jangkauan kad grafik (VGA)
    • Kad grafik rosak
    13.Disket atau cakera keras berbunyi dengan agak kuat,nyaring atau luar biasa
    • Motor cakera keras tidak berputar dengan sekata (bunyi tak senada)
    • Motor pada cakera berkenaan rosak
    • Head crash
    • Ganti disket/cakera keras yang terlibat dengan yang baru.
    14.Mesej Sector not found atau Invalid drive specification
    • Cakera rosak atau tidak diformat
    • Kapasiti pemacu dan disket tidak sama
    • Format semula cakera (full format)
    • Pastikan kapasiti pemacu dan disket adalah sama
    • Ganti disket/cakera keras yang terlibat dengan yang baru.
    15.Mesej Disk is write protect
    • Tab disket berada pada kedudukan baca sahaja (write protect)
    • Sektor pada cakera keras rosak.
    • Ubah tab disket ke kedudukan baca tulis (write enable)
    • Low level format cakera keras.
    • Gunakan Disk Manager untuk mengosongkan sektor yang rosak. Seterusnya bina partition table dan format semula cakera berkenaan.
    16.Mesej File not found
    • Fail atau cakera yang cuba diakses rosak
    • Fail tidak serasi dengan aplikasi yang digunakan
    • Lokasi asal fail telah diubah.
    • Pastikan disket dimasukkan ke dalam pemacu dengan sempurna.
    • Tentukan lokasi sebenar fail berkenaan.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Tulisan Khat



    Aku cukup minat dengan tulisan khat tetapi disebabkan tiada guru menyebabkan minat aku terus terbantut. Memandangkan umur pun semakin tua, minat kini tinggal minat.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Age of Empires III Cheats & Secret

    Aku tau, game aoe3 ni dah lama keluar, tapi baru-baru ni dapatla aku berpeluang untuk bermain game ni hingga habis. Kat sini aku nak berkongsi sikit apa yang aku dapat dari laman-laman sesawang yang ada cheat dan hint mengenai game ni.

    Tekan ENTER dan masukkan kod di bawah

    X marks the spot
    : Reveals map (fog of war still there)
    Medium Rare Please
    : Gives 10,000 food
    Give me liberty or give me coin
    : Gives 10,000 coin
    Nova & Orion
    : Gives 10,000 XP
    A recent study indicated that 100% of herdables are obese
    : Fattens all animals on map
    Speed always wins
    : Turns on 100x gather/build rates
    Sooo Good
    : Turn on “Musketeer’ed!” when you get killed by Musketeers
    Ya gotta make do with what ya got
    : Spawns the Mediocre Bombard at your Home City gather point
    <censored>
    : Gives 10,000 wood
    this is too hard
    : Win in singleplayer
    tuck tuck tuck
    : Spawns a big red monster truck that can run over anything
    Shiver me Timpers!
    : Destroys all the enemy boats on the map
    Where's that axe?
    : George Crushington
    <nature>
    : Get 10,000 Wood

    Unlimited Resources

    Use a text editor to edit the "proto.xml" file in the "data" directory in the game folder. Note: You may first need to uncheck the "Read Only" attribute of that file's properties in Windows Explorer. Search for the text "CrateOf". You will find CrateofFood, CrateofCoin, CrateofWood, CrateofFoodLarge, CrafteofCoinLarge, and CrateofWoodLarge. For all these entries, find the tag "InitialResourceCount" and change the count to whatever desired. For example, the normal crates each have "100.000" of the resources. You can change the "100" to "99999.000", etc.

    Easy Leveling in Single Player
    Open the sp_yourcityname_homecity.xml file in the My Documents\My Games\Age of Empires 3\Savegame (dont forget to make a back up first) folder, search for <level>.
    You will see something like this <level>xx</level>, put in 99 for the xx, save the file, go into the game and play a skirmish. Now you are level 99 !

    Unlimited Unlock Points in Single player
    Open the sp_yourcityname_homecity.xml file located in \My Documents\My Games\Age of Empires 3\Savegame (dont forget to make a backup of this file) find this line <skillpoints>.The line should look like this <skillpoints>xx</skillpoints>, where x is the number of skillpoints you currently have. Change the xx to a high number such as 999, save the file and start Age of Empires 3. Go into a skirmish game, go to manage your city and you will now have 999 unlock points to unlock various things for your city.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS

    Wudhu' Zahir dan Batin

    Seorang ahli ibadah bernama Isam Bin Yusuf sangat warak dan khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasainya kurang khusyuk

    Pada suatu hari Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Atim Al'Assam dan bertanya "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Atim berkata, "Apabila masuk waktu solat, aku berwudhuk zahir dan batin"

    Isam bertanya "Bagaimana wudhuk zahir dan batin itu? " Atim berkata "Wudhuk zahir sebagaimana biasa iaitu membasuh semua anggota wudhuk dengan air. Sementara wudhuk batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :

    1. Bertaubat
    2. Menyesali dosa yang telah dilakukan
    3. Tidak tergila'gilakan dunia
    4. Tidak mencari atau mengharap pujian orang (riya')
    5. Tinggalkan sifat berbangga
    6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu
    7. Meninggalkan sifat dengki
    Seterusnya Atim berkata "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku rasakan:
    1. Aku sedang berhadapan dengan Allah.
    2. Syurga di sebelah kananku.
    3. Neraka di sebelah kiriku.
    4. Malaikat Maut berada di belakangku dan aku bayangkan pula aku seolah-olah berdiri di atas titian siratal mustaqim dan menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhir bagiku. Kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik"
    "Setiap bacaan dan doa di dalam solat aku faham maknanya kemudian aku rukuk dan sujud dengan tawadhuk, aku bertasyahud dengan penuh pengharapan, dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 41 tahun"

    Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Atim.

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS