sumber gambar : http://lokalgenius.blogspot.com/2010/07/teknologi-melayu-merempuh-badai.html
Mungkin tidak ramai di antara pembaca yang biasa mendengar tentang istilah-istilah maritim ini, namun ia sangat difahami oleh para pelaut Melayu terutama nelayan dan yang terlibat dalam rekreasi memancing.Istilah-istilah ini telah pun diperturunkan sejak ratusan tahun atau mungkin ribuan tahun lalu, dari generasi ke generasi hingga ke hari ini.
Ia adalah penandaan kriteria-kriteria laut yang sangat berguna dan sangat difahami oleh pelaut atau nelayan Melayu dalam menjalankan aktiviti gerak kerja mereka.
Ilmu maritim Melayu ini menghuraikan secara terperinci tentang kriteria-kriteria air laut mengikut pecahan musim yang di namakan musim-musim edaran air laut. Dalam sebulan (30 hari mengikut sistem kalendar Hijrah) ,sifat air laut ini terpecah kepada 10 musim edaran (setiap musim edaran meliputi 3 hari). 10 musim edaran ini pula terpecah kepada 2 pusingan, iaitu pusingan pertama - dari 1 hb hingga 15 hb Hijrah. Pusingan ke dua pula bermula dari 16 hb hingga 30 hb Hijrah.
Pusingan Pertama
1. Air Pasang Besar Peringkat 1 (1,2 dan 3 hb).
2. Air Menyorong Kecil (4,5 dan 6 hb ).
3. Air Pasang Mati (7,8 da9 hb).
4. Air Menyorong Besar (10, 11 dan 12 hb).
5. Air Pasang Besar peringkat 2 (13,13 dan 15 hb).
Pusingan ke Dua
6. Air Pasang Besar Peringkat 1 ( 16,17 dan 18 hb).
7. Air Menyorong Kecil (19, 20 dan 21 hb).
8. Air Pasang Mati (22, 23 dan 24 hb).
9. Air Menyorong Besar (25, 26 dan 27 hb).
10. Air Pasang Besar Peringkat 2 (28, 29 dan 30 hb).
Kriteria-kriteria mengikut musim edaran
Air Pasang Besar Peringkat 1 dan 2.
-Paras timpas (minima) yang sangat rendah ketika surut.
-Paras maksima sangat tinggi waktu penuh.
-Pergerakan arus yang sangat laju ketika air pasang.
Air Menyorong Kecil dan Air Menyorong Besar.
-Paras timpas dengan kedalaman sederhana (lebih tinggi sedikit dari musim air pasang besar).
-Paras maksima dengan ketinggian sederhana pada waktu penuh (kurang dari paras penuh waktu musim air pasang besar).
-Arus bergerak dengan kelajuan sederhana.
Air Pasang Mati.
-Paras timpas agak tinggi berbanding musim edaran sebelumnya.
-Paras maksima yang agak rendah waktu penuh.
-Arus bergerak dengan kelajuan sangat perlahan.
Untuk pengetahuan ,semua musim-musim ini berkaitan secara langsung dengan kedudukan bulan sepanjang bulan mengelilingi bumi di laluan orbitnya.
Begitulah hebatnya ilmu astronomi bangsa Melayu terdahulu.
sumber : Mohd Salleh Mazukhi via Carigold







0 comments:
Post a Comment