Powered by Blogger.
RSS

Info : Raga Sukma / Astral Projection

      Satu ilmu Melayu yang kawan hanya tahu asasnya sahaja tapi tidak pernah mengamalkannya. Raga sukma atau juga dikenali astral projection merupakan satu cara membenarkan roh keluar dari jasad dalam keadaan kita sedar, bukan seperti tidur di mana kita tidak dapat mengawal perjalanan roh kita.

      Mengikut cerita, ilmu ini diamalkan oleh orang dulu-dulu yang bermusafir dan ingin melihat keadaan ahli keluarganya di rumah. Jadi, mereka mengamalkan raga sukma. Juga digunakan oleh ahli-ahli spritual untuk mengetahui sejarah mengenai sesuatu kerana dengan raga sukma, boleh kembali ke masa lampau.

      Apa yang kawan tahu, seseorang yang ingin mengamalkan raga sukma mestilah mempunyai pendinding diri yang kukuh dan mestilah dilakukan bersama rakan. Sebabnya? Ketika roh keluar dari badan, dikhuatiri ada unsur lain yang masuk ke dalam jasad ataupun roh yang keluar diculik oleh pihak-pihak tertentu yang tidak wujud di mata kasar.

      Tetapi, ada juga pihak yang mengatakan raga sukma ini bukan melepaskan roh. Ianya hanya melepaskan tenaga dalam bentuk diri kita sendiri dan membenarkannya mengembara ke mana sahaja yang dikehendaki.

      Ada banyak cara didedahkan di dalam internet, cuma search sahaja dan akan jumpa berbagai-bagai cara. Tapi, terus-terang kawan sendiri tidak berani mengamalkannya kerana khuatir atas sebab-sebab yang disebutkan di atas.

Bagaimana dengan anda? berminat? .... carilah guru yang sesuai.......

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment