Powered by Blogger.
RSS

Info : Perang Krimea

      Bila kawan membaca sesuatu dan terjumpa dengan perkara baru, kawan memang suka mengambil tahu serba sedikit mengenainya. Contoh, bila membaca mengenai Leo Tolstoy yang menulis selepas Perang Krimea. First time dengo.. jadi kawan post la kat sini...

Lukisan Franz Roubaud: Pengepungan Sevastopol (1904)
sumber gambar : http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/3/31/Malakhov1.jpg/300px-Malakhov1.jpg

      Perang Krimea (1853-1856) adalah peperangan yang terjadi di antara Kerajaan Rusia menentang tentera sekutu terdiri daripada Perancis, British, Kerajaan Sardinia dan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Kebanyakan konflik berlaku di semenanjung Krimea, peperangan lain berlaku di barat Turki dan laut Baltik. Perang Krimea dianggap sebagai peperangan moden pertama yang mempengaruhi peperangan selepasnya.

      Perang Krimea dikenali dengan nama yang berbeza-beza. Di Rusia, ianya dikenali sebagai Perang Oriental, manakala British menggelarnya Perang Rusia. Perang Krimea terkenal kerana kesalahan logistik dan taktik pada kedua belah pihak. Namun, ianya dianggap perang moden pertama kerana memperkenalkan perubahan teknik yang mempengaruhi peperangan selepasnya termasuklah taktik penggunaan keretapi dan telegraf. Malah, Florence Nightingale juga terkenal dalam peperangan ini kerana mempelopori kaedah perawatan moden dalam mengubati askar British yang tercedera. Perang ini juga merupakan perang yang pertama kali didokumentasikan dalam bentuk gambar.

      Punca peperangan ini terjadi kerana Napoleon III telah menghantar dutanya ke Kerajaan Turki Uthmaniyah dan memaksa Turki mengiktiraf Perancis sebagai Penguasa Berdaulat di Palestin. Rusia membantah keputusan tersebut kerana dua perjanjian sebelumnya pada tahun 1757 dan 1774, Kerajaan Turki Uthmaniyah telah mengiktiraf Rusia sebagai pelindung Kristian Ortodoks di Palestin.

      Napoleon III berkeras dengan menunjukkan kekuatan tenteranya dengan menghantar kapal armada Charlemagne ke Laut Hitam, yang merupakan pelanggaran terhadap Konvensyen Selat London. Sultan Abdulmecid I terpaksa tunduk dengan tekanan dan mengiktiraf Perancis dan Gereja Katolik Rom sebagai penguasa dan pelindung tempat suci Kristian yang sebelumnya dikuasai oleh Gereja Ortodoks Yunani.

      Tsar Nicholas I kemudiannya menghantar angkatan perangnya di sepanjang Sungai Danube dan menugaskan Count Karl Nesselrode, menteri luar negeri untuk membicarakan Kerajaan Turki Uthmaniyah. Nesselrode mengutarakan perkara tersebut kepada Sir George Hamilton Seymour, Duta Besar Inggris di St Petersburg.

      Sebagai jawapan, Kerajaan Turki Uthmaniyah mengisytiharkan perang. British dan Perancis turut mengerahkan askar mereka. Pertempuran yang dahsyat sekitar Laut Hitam membuktikan kelemahan Rusia kerana dua pertiga tenteranya mati dalam peperangan. Setelah terlepasnya Sevastopol, Rusia terpaksa tunduk menerima jalan perdamaian.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment