Baru-baru ni, kawan belajo dari seorang kawan tentang satu ayat untuk orang lelaki... hehe... Dah dikabo ke kawan, jangan baca ke tempat lain... Oleh kerana kawan ni agak nakal dan selalu melawan tok guru, kawan baca ke tangan... Hah... boleh pekdah...
Kawan sebenonya tidak ler percaya sangat ke ayat te.. sebab ingat pesan sorang guru kawan, 'ayat tidak membawa bekas'. Tapi bebaru ni, ada la sorang mintak ayat te ngan kawan. Kawan dengan lurusnya, teruslah tulis ayat te dan beri kepadanya... Dan akibatnya? Tangan kawan panas start dari kawan bagi ayat te sampai la sekarang...
Tengah hari tadi, oleh kerana tak tahan sangat panas... Kawan tanya la pada seorang yang kawan tahu 'berisi' dan memiliki satu ilmu lama yang hanya dimiliki olehnya seorang di Pahang ni satu-satunya. Dia pun kabo ke kawan, ayat kalo diberi.. amalkan pada waktu terdesak sahaja, jangan sepanjang masa.
Dah.. masa kawan terima ayat te.. dikabo oleh pemberi te, ayat ni mestilah diamal sehingga jadi darah daging, maksudnya sampai lidah dan hati kita sentiasa tergerak menyebut ayat te, barulah menjadi... Kawan jenis lurus campur nakal, memang dah terbiasa menyebut ayat te...
Dikabo la oleh orang yang kawan bertanya te, dia kabo memang betul.. ayat yang kawan amal te dah jadi darah daging... dah masuk isim... dan gerak nafas kawan pun dah lain... Jadi, kawan tanya la.. dah gone gaya tangan kawan yang panas ni nak hilangkannya... Dia kabo, kalo boleh jangan guna tangan yang panas te... Kalo tak tahan, lepaskan kat pokok atau benda hidup lain.. Jangan lepas ke orang sebab masa kawan amik ayat te, kawan tak amik penawarnya... hahaha.. kan dah boleh pekdah...
Sebelum jemahat tadi, tak tahan sangat... kawan pun tampor la pokok pinang depan bilik kawan kat sekolah te... Dua-dua pulak te..Kawan nak nengok Isnin ni.. idup lagi ke tidak pokok pinang te... Lepas tampor te, ada la rasa lega sket... Masalahnya, dekat Isya' tadi.. tangan kawan start panas balik... Mintak ngan ghodong-ghodong, boleh ke tak kawan nampor sket...Mampus la ghodong nak bagi....
Sebab te pesan orang..... ikut pesan guru, jangan memandai-mandai... kan dah boleh pekdah? Hahaha.....
Monolog : Telapak Besi....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment