Powered by Blogger.
RSS

Buku : A Deadly Secret - Jin Yong

Salah satu buku yang menarik untuk dibaca hasil tulisan Jin Yong juga dikenali sebagai Louis Cha. Terus terang, kawan tidak memilik buku ini secara fizikal tetapi membacanya dalam bentuk ebook. Buku ini ditulis dalam bahasa Cina kemudian diterjemah oleh peminat-peminatnya ke dalam Bahasa Inggeris. Buku ini tiada di dalam versi Bahasa Melayu.

A Deadly Secret, juga dikenali sebagai Requiem of Ling Sing dan Secret of the Linked Cities. Novel wuxia oleh Jin Yong. Pertama kali diterbitkan di dalam Southeast Asia Weekly dan surat khabar Hong Kong Ming Pao pada 1963. Tajuk asal di dalam bahasa Cina ialah Su Xin Jian sebelum Jin Yong menukarkannya kepada Lian Cheng Jue. Cerita ini mengisahkan pengembaraan protagonis Di Yun, seorang petani biasa yang telah diperangkap dan dipenjarakan. Di dalam pengembaraannya untuk menuntut bela, dia secara tidak sengaja menemui manual Liancheng Swordplay, satu artifak purba yang bukan sahaja mengandungi kemahiran yang luar biasa tetapi juga mengandungi rahsia yang membawa kepada harta karun. (Wikipedia)

Di akhir buku (novel) ini, Jin Yong menceritakan dia mendapat inspirasi cerita ini dari pembantu rumahnya yang sudah tua. Jalan cerita hampir sama kecuali pembantu rumahnya tidak memiliki kungfu luar biasa untuk membalas dendam.

Sesiapa yang berminat untuk membaca ebook Jin Yong atau novelis lain, bolehlah cuba mencari di Wuxia Society ataupun di Amazon.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment