Powered by Blogger.
RSS

Semelai

Semelai adalah salah satu daripada aborigin, atau Orang Asli, orang-orang tengah Malaya (Semenanjung Malaysia). Mereka bertutur Semelai, bahasa kepunyaan Keluarga Mon-Khmer, mungkin yang paling kuno di tanah besar Asia Tenggara. Semelai yang tinggal di sekitar tasik yang luas memanggil diri mereka Semaq Tasik, "Orang Tasik." Mereka telah lama menumpukan kehidupan mereka di sekitar Tasek Bera, sambil mengeluarkan hasil ladang, memburu dan mengumpul hasil hutan.1

Semelai ialah penduduk asli yang tinggal sepanjang sungai dan di sekeliling hutan Tasek Bera. Tidak banyak yang diketahui asal usul mereka. Bagaimanapun, pencarian arkeologi menunjukkan mereka telah tinggal di sini lebih dari 600 tahun. Lemah lembut dan bersopan ketika berbual dan penuh dengan perasaan humor, Orang Semelai adalah satu kaum yang menarik dan masih meneruskan pegangan warisan mereka di samping mengadaptasi kehidupan moden.

Pada masa lalu, Orang Semelai hidup sebagai pemburu dan mengumpul makanan dari pemburuan, memancing dan memerangkap haiwan di air dan darat di samping mengumpul hasil hutan seperti rotan, resin keruing dan tumbuhan-tumbuhan herba seperti Kacip Fatimah. Pada masa sekarang, aktiviti ini kurang dijalankan untuk menampung pendapatan mereka.

Menurut lagenda, Semelai ialah keturunan dari anak ketujuh Batin Paduka Alam, yang dipercayai seorang dewa. Kajian Ethnologi mengelaskan Semelai sebagai Melayu Proto. Bagaimanapun, yang menariknya bahasa mereka mempunyai banyak kesamaan fonologi termasuk perbendaharaan kata dan struktur tatabahasa dengan bahasa Mon Khmer. Oleh itu, walaupun Semelai dan Melayu mempunyai kesamaan dari budaya dan fizikal, hubungan sejarah keduanya masih perlu dibuktikan.2

[1] Rosemary Gianno (n.d.). The Semelai of Tasek Bera | Exhibits : Yale Peabody Museum.Welcome to the Yale Peabody Museum. Retrieved March 14, 2013, from http://peabody.yale.edu/exhibits/semelai-tasek-bera
[2] Wetlands International (2003, November 15). Knowledge, Culture and Beliefs of Tasek Bera's Semelai People - Wild Asia. Wild Asia - Promoting Change. Inspiring People. Engaging Businesses. Retrieved March 14, 2013, from http://www.wildasia.org/main.cfm/library/Semelai_Tasek_Bera

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

1 comments:

OrangTasek said...

Batin paduka alam bukan dewa tapi kedaulatan beliau yang orang anggap seperti dewa ...bayangkan pijak tanah istana saja sudah bergegar istana mana tak ada pepatah dalam semelai mengenai batin paduka alam iaitu" turun berdiri raja menyembah " hubungan sejarah mengenai semelai dan melayu ...ikut kan asal usul semelai sebenarnya berasal dari pagar ruyung, sumatera tanah asal mereka sebelum ke tanah melayu...

Post a Comment