Seumur hidup aku, aku sering dipersalahkan atas segala sesuatu yang tidak aku lakukan. Tetapi aku jarang membela diri, mungkin kerana kelemahan psikologi helah beladiri. Bagi aku, tidak mengapa kerana yang benar tetap benar dan yang salah tetap salah.
Sebenarnya, tabiat ini sudah menjadi-jadi dalam diri aku termasuklah dalam apa jua keadaan. Aku selalu membiarkan seseorang memperlekehkan aku kerana kesalahan yang tidak aku lakukan. Bagi aku, tiada guna bertekak untuk mereka yang telah menetapkan dalam fikiran mereka bahawa aku ini seorang yang salah. Aku tahu tindakan aku ini hanya akan merugikan diri sendiri. Tetapi seperti firman Allah " Sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar".
Adakalanya aku fikir ini adalah satu penyakit. Malah kadang-kadang apabila diserang bertalu-talu, aku terfikir adakah perbuatan yang buruk itu telah aku lakukan tanpa aku sedari. Mungkin aku menghidap penyakit di mana fikiran tidak selaras dengan perbuatan atau percakapan. Mungkin juga kerana aku ini telah dilabel sebagai buruk dan apa jua bentuk tindakan untuk membela diri, tidak akan diterima oleh pelabel-pelabel itu.
Contohnya, pernah satu ketika menziarah rumah seorang rakan. Kebetulan dia ingin menunjukkan satu cd xxx yang baru dia dapati. Cd tersebut dibalut di dalam surat khabar bahasa cina. Dia menunjukkan kepada aku cd tersebut dan meletakkan di atas meja. Kebetulan ketika kami sedang berbual, isterinya datang untuk bertanya khabar kepada aku.
Kemudian, isterinya terpandang bungkusan surat khabar tersebut dan mengambilnya. Apabila dibuka, isterinya terkejut dan lantas bertanya pemilik cd tersebut. Rakan ini dengan mudahnya mengatakan cd tersebut adalah milik aku. Isteri rakan ini pun sambil menggeleng-gelengkan kepala dan dengan pandangan sinisnya berlalu.
Nota buku lali : Firman Allah Taala " Dan mintalah pertolongan dengan jalan sabar dan sembahyang"

0 comments:
Post a Comment