Saje je nak menyentuh sikit tentang rangkaian. Aku bukan orang yang pakar pun mengenai rangkaian.
Jenis-jenis Rangkaian
Terdapat 3 jenis rangkaian secara asasnya iaitu:
- Man (Metropolitan Area Network)
- Wan (Wide Area Network)
- Lan (Local Area Network)
MAN
- Satu rangkaian jaringan yang meliputi satu kawasan yang luas tetapi masih terbatas kepada satu tempat yang sama. Contohnya kampus universiti, sekolah, bandar dan seumpamanya.
WAN
- Wide Area Network atau WAN adalah satu rangkaian komputer yang dijalinkan ke seluruh pelusuk dunia tanpa mengira keadaan geografinya. Contohnya pengguna di Malaysia dapat mendapatkan maklumat dari satu host yang terdapat di Amerika.
- Penjaringan ini dijana dengan menggunakan talian telefon dan satelit.
LAN
- Local Area Network atau LAN adalah merupakan rangkaian setempat.
- Beberapa PC di dalamnya digabungkan bagi mendapatkan kemudahan yang terdapat di dalam rangkaian. Lazimnya dihubungkan ke satu komputer kerangka atau minikomputer.
- Penjaringan menggunakan perbagai bahan.LAN merupakan satu rangkaian berhubungan yang berkepantasan tinggi di antara jaringan setempat, pemproses kata atau perkongsian peranti dan perisian atau aplikasi.
- Mempunyai stesen kerja yang bersambungan kepada pelayan.
- PC yang tidak dihubungkan kepada server dinamakan standalone.






0 comments:
Post a Comment