Protokol Pemindahan Fail (FTP) merupakan protokol jaringan yang memindahkan fail dari satu komputer ke satu komputer melalui jaringan contohnya Internet.
FTP ialah protokol pemindahan yang melibatkan pemindahan fail melalui jaringan berasaskan TCP/IP yang memanipulasikan fail dari satu komputer kepada komputer di dalam jaringan yang melibatkan sistem pengoperasian (sekiranya komputer tersebut membenarkan akses FTP). Dewasa ini terdapat banyak pengguna FTP dan program pelayan. Pelayan FTP boleh ditetapkan di mana sahaja melibatkan pelayan permainan, pelayan suara, hos internet dan pelayan fizikal lain.
Cara Sambungan
FTP dijalankan melalui TCP. Pelayan FTP selalunya menggunakan port 21 untuk sambungan dengan pengguna FTP. Sambungan melalui port ini dari pengguna FTP menetapkan kawalan ke atas arahan yang ingin digunakan oleh pelayan FTP dari pengguna FTP. Pengguna yang tidak mengawal FTP menggunakan sambungan berlainan untuk kawalan dan data. Sekiranya pemindahan fail diperlukan, sambungan yang berlainan diperlukan di mana ianya dipanggil data stream. Bergantung kepada mod pemindahan, proses berlainan untuk menetapkan data stream adalah diperlukan.
Di dalam mod aktif, pengguna FTP menggunakan port dinamik (49152-65535), menghantar kepada pelayan FTP melalui nombor port dinamik yang dibuka kepada pengawalan stream dan menunggu sambungan dari pelayan FTP. Bila pelayan FTP membenarkan sambungan data dari pengguna FTP ia menggunakan sumber port kepada port 20 di dalam pelayan FTP.
Nota buku lali : sumber dari en.wikipedia.org - ada banyak lagi tapi aku tak larat nak terjemahkan.
FTP (sedikit sebanyak)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)






0 comments:
Post a Comment