Powered by Blogger.
RSS

Asal Mana?

Soalan yang simple.. tapi, payah kawan nak menjawabnya. Kalo yang bertanya te, ahli tasauf.. senang le sikit menjawabnya...

Sebab apa jadi macam te? Ishhh.. ishhh.. ishhh... panjang ceritanya...Kawan cuba pendekkan.

Kawan lahir di Paya Kumboh, kemudian dituko nama jadik Simpang Penak, kemudian dituko lagi dengan nama baru Bukit Cermin... Tapi kawan dibesarkan di Jengka... Kalo kawan jawab Paya Kumboh, orang akan bertanya kat mana te? Kawan jenis malas nak menerangkan sesuatu... Jadi selalunya kawan jawab Pasir Rawa... hahaha.. Orang akan bertanya mana Pasir Rawa? Nama lama Mentakab.

Kalo kawan jawab di Jengka, orang akan bertanya Jengka berapa... Kalo kawan jawab, diorang akan cakap.. "saya ada saudara/abang/kakak duduk di Jengka sekian.. sekian" Mana la kawan tau.. Jengka 13 pun kawan tak kenal seme.. inikan pulak Jengka 1,2,3,4,5,6 dan seterusnya.....Orang seme anggap, Jengka ni seme bersebelahan dan berturutan.. Ye, Jengka 12 dan 13 bersebelahan.. tapi Jengka 14, nun... di hujung sana....Dah la average rumah di satu-satu Jengka 300-400 pintu...

Adik beradik kawan, hanya kawan seorang yang lahir di Paya Kumboh. Kakak-kakak kawan lahir di Pulau Pinang, manakala adik-adik kawan seme lahir di Jengka. Macam mana jadi gitu? Kan dah jadi panjang nak cerita...

Cerita sebelah ayah kawan. Ayah kawan lahir di Mengkarak tapi dibesarkan di Kubang Semang, Pulau Pinang. Sebab? Arwah aki kawan polis, asal Pulau Pinang berkahwin dengan arwah wan kawan asal Penak... Kalo citer sebelah arwah wan.. Mak dia orang Penak tetapi ayahnya orang Kerdau... Sebelah aki, kawan tak tau sebab aki meninggal sebelum kawan lahir.. (selalu jadi modal kawan kalo ponteng sekolah.. datuk meninggal, jadi kena cuti....)

Mak kawan pula memang lahir di Mengkuang Keretapi, Kuala Mengkuang, Bukit Mertajam, Seberang Prai, Pulau Pinang... perghhh.. panjang alamat.... Ayah dan Mak kawan berkahwin di Pulau Pinang, bila kakak kawan yang kedua lahir, mereka berpindah ke Jengka menjadi peneroka..

Kalo sebelah mak, tok (gelaran untuk nenek bagi orang utara) asal Kedah, manakala tok wan asal dari Pattani, berhijrah ke Kedah, kemudian ke Pulau Pinang, kemudian ke Perak.. patah balik ke Pulau Pinang bernikah dengan tok kawan.. fuhhh.. panjang citer...

Jadi, darah yang mengalir dalam tubuh kawan.. darah minang sebelah wan, darah bugis sebelah aki, darah pattani sebelah tok dan tok wan...

Sebab dah panjang sangat.. kawan malas nak cerita lebih-lebih... hahaha...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Marah?

Gambar di atas ialah poster filem Anger Management.. Lakonan Jack Nicholson dan Adam Sandler. Salah satu filem kegemaran kawan.

Kawan jarang marah sebab bila marah.. kawan kena marah dengan perasaan sayang bukan marah dengan perasaan benci. Perkara tersebut sukar dilakukan, jadi kawan jarang marah... (minda yang simple.. hahaha...) Jadi, cara yang mudah ialah sentiasa bersangka baik dengan orang lain. Kawan selalu pesan kepada ghodong-ghodong... ingat, sentiasa bersangka baik. Biar orang bersangka buruk dengan kita, jangan kita bersangka buruk dengan orang lain....

Begitu juga dengan ghodong-ghodong di taman, kawan selalu berpesan.. Terutama bila di surau, ada budak-budak yang nakal dan dimarahi mereka. Kawan pesan, jangan marah dengan perasaan benci.. cuba marah dengan kasih sayang. Marah dengan benci tidak dapat mengubah sikap seseorang...Malah membuatkan orang benci kepada kita..

Semua orang ada perasaan marah... Dulu, kawan memang seorang yang panas baran dan agak ditakuti oleh ghodong-ghodong semasa zaman sekolah menengah. Tapi, bila usia semakin dewasa.. bila membaca buku-buku mengenai psikologi, mengenang sifat Rasulullah yang sentiasa sabar, kawan cuba belajar bersabar.

Bagi kawan, adalah satu kekarutan bila orang mengatakan sabar ada hadnya. Sabar mana ada had... jika sabar ada had, itu bukan sabar namanya.. itu sabariah.... hahahaha..(sorry, no offense pada orang nama sabariah)

Baru-baru ni, kawan ada marah seseorang dan dia cukup terasa hati... Kawan dah cuba minta maaf, tapi nampaknya gagal di situ.. Takpe.. cuba lagi dan lagi...

inbefore, Adam Sandler adalah seorang Yahudi...

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Surau oh Surau....

Surau oh surau... Tak tau bagaimana nak luahkan...

Bila pelantikan AJK baru telah dibuat, kawan berharap kawan tidak akan diberikan sebarang tugas kerana kesibukan sebagai setiausaha KRT. Tapi, bila melihat banyak perkara masih tidak digerakkan.. kawan merasa sedikit terkilan.

Dulu, kawan dilantik sebagai Ketua Biro Dakwah. Yup, diakui kawan memang gagal dalam mentarbiah penduduk taman untuk mendekati surau. Dianggarkan 1000 orang penduduk, tetapi untuk mencapai 5% memakmurkan surau pun tak tercapai.. 5% sama dengan 50 orang.. Bila memikirkan perkara ini, terngiang-ngiang di kepala kata-kata seorang Yahudi yang berpengaruh (kawan lupa namanya).. "Yahudi tidak akan takut kepada umat Islam, melainkan jumlah jemaah solat subuh adalah seramai solat jumaat"....

Dan, bila melihat jumlah jemaah yang berkurangan.. kawan cukup malu.. Malu dengan warga Pakistan yang turut memakmurkan surau dan malu dengan Allah. Kawan pun bukanlah orang yang selalu pergi ke surau, ada kalanya bila kawan beruzlah dan bersuluk, lama... kawan tak ke surau.Dan bila ada rasa ujub dan riak, ataupun bila merasa semua orang salah hanya kawan yang betul.. kawan akan menjauhkan diri dari surau untuk menginsafi diri..

Bagi kawan, perkara yang penting dalam pengurusan surau adalah pengerusi, setiausaha dan biro dakwah. Sekiranya mereka ini bergerak menjalankan tugas, maka surau dapat dimakmurkan. Tetapi dalam AJK yang baru dilantik, hanya pengerusi sahaja yang kelihatan menjalankan tugas, manakala setiausaha awal-awal lagi dah mengatakan bahawa dia tidak mampu... Manakala biro dakwah, sampai sekarang kawan tak nampak batang hidungnya.

Kawan kesian dengan surau, tapi kawan tidak mampu untuk memikul tugas yang berganda.. Belum lagi kawan sebagai muazzin dan imam, bila muazzin dan imam yang dilantik tidak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Teringat kata-kata seorang jemaah, "ustaz ramai di taman ni, tapi berapa kerat je yang tunjuk muka."

Bila memikirkan perkara ni, niat kawan untuk pindah ke gemuruh dan memakmurkan surau di sana terbantut... Memang itulah niat kawan tahun ni, supaya surau gemuruh juga dapat dimakmurkan. Tapi... hmmmm.....

"Kami sebenarnya takutkan Tuhan kami, takut Dia kenakan kami azab hari yang padanya muka orang-orang yang bersalah: masam berkerut-kerut". al-Insan ayat 10.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Komputer dan Kawan....

Ustaz... kenapa komputer saya slow....
Ustaz... kenapa saya tak boleh print...
Ustaz... file ni tak boleh bukak la...
Ustaz... macam mana nak print ni?
Ustaz... kalo nak copy ni macam mana?
Ustaz... saya nak beli komputer, tolong cadangkan...
Ustaz... printer ni tak boleh print la...
Ustaz... kenapa monitor ni tetiba gelap?
Ustaz... kenapa komputer ni tak boleh bukak?
Ustaz... saya dah buat tadi, tetiba hilang...
Ustaz... internet tak boleh connect la...
Ustaz... apasal tak boleh connect wifi?
Ustaz... wifi ni keluar error la...
Ustaz... saya tak boleh nak save ni...
Ustaz... komputer saya tiba-tiba hang..
Ustaz.. macam mana nak set ni?
Ustaz.. dah on bluetooth, tapi tak boleh detect...
Ustaz.. bila nak format komputer kawan...
Ustaz.. kawan rasa hard disk kawan rosak la..
Ustaz.. powerpoint ni nak buat macam mana?
Ustaz.. kenapa dia keluar macam ni?
Ustaz.. macam mana nak buat emel?
Ustaz.. macam mana nak block wifi?
Ustaz...macam mana nak sharing printer?
Ustaz...tolong check pen drive kawan..
Ustaz...cuba tengok komputer ni kejap..
Ustaz...macam mana nak buat dia jadi gini?
Ustaz.. macam mana nak crop image?
Ustaz.. acer ok ke?
Ustaz...tolong install office...
Ustaz.. macam mana nak zip ni?
Ustaz...amender i7 te?
Ustaz.. Ustaz...Ustaz...Ustaz...

hahaha... life is wonderful... right?

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Muamar dan Punk

Muammar Gaddafi, ghodong dan juga jiran kawan di kampung. Yep, namanya sempena Presiden Libya yang mati dibunuh. Tapi ketika dia lahir, presiden tersebut masih lagi berkuasa. Stop bab nama, sebab kawan bukan nak cerita pasal nama.

Ghodong kawan dari kawan kecik lagi sehingga sekarang (mungkin...) Tua setahun dari kawan. Kawan pun tak sedar, dah berapa lama tak bercakap dengannya. Padahal dari kecik, te la ghodong kalo ke mana-mana. Seorang yang cerdik. Antara anak Felda yang mendapat 5A dalam UPSR dan dapat memasuki Asrama Semai Bakti Felda. Dari dia, kawan banyak mempelajari Bahasa Inggeris dan cara sebutan sebab dia banyak menegur kawan kalo kawan tersalah sebut.

Dia juga membawa kawan mengenali muzik Punk sampai habih nama-nama band kawan hafal termasuk lagunya sekali. 999, Adam and the Ants, GG Allin, Antiseen, The Skids, Ramones, The Queers, The Pagans, The Outcasts, Napalm Death, Fleas and Lice, Gorilla Biscuits dan lain-lain.. (Perghhh.. banyak giler)

Orangnya rendah.. dengan seluar boot cutnya. Kawan cuba tiru tapi jadik macam kumpulan Feminin dan digelak oleh ghodong-ghodong (cehhhhh....) Bila cuti penggal, kitorang akan bertukar-tukar kaset dan cerita. Sambil main catur di bawah pokok rambutan depan rumah kawan.. Kira kawan belajar catur, juga dari dia...

Tapi, bila semakin dewasa... kitorang semakin terpisah dan tiada lagi ruang untuk berbicara (bukan tiada, tapi malas mencari ruang) Lebih-lebih lagi, bila kawan dipostingkan ke Sarawak. Dia dengan hal dia, dan kawan dengan hal kawan.

Sungguh, walaupun rumahnya hanya selang sebuah rumah dari rumah kawan di kampung tetapi kawan lansung tidak menziarah atau bertanya khabar. Mungkin dia pun segan sebab ada sekali dia meminjam duit dari kawan dan lambat memulangkannya. Kawan pun tak tau, berapa orang dah anaknya. Last kawan jumpa pun masa dia berkahwin, kira-kira 5-6 tahun lepas.

Sebab tu, setiap pagi bila bersarapan pagi di kantin sekolah.. kawan akan melihat melalui tingkap kantin, gelagat murid-murid. Semalam bergaduh, hari ni bersahabat. Betapa mudah memaafkan.. Kalaulah kita yang dewasa ini juga begitu, kan mudah.... Cemburu melihat murid-murid ini kerana pada mereka, ada kenangan yang kita lupakan...

Mungkin, cuti ini.. kawan cuba merapatkan silaturrahim yang semakin renggang.... Inshaa Allah....

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS